Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia  bagai menanti jambatan untuk keseberang.
 Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang  jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
    Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum  apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina  kecemerlangan.
 Nyatakanlah perasaan  dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu  Maha Mendengar.
 Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk  lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang  beriman.
 Biar lambat jodoh  asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa  lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
 Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu  sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
 Tips: Daya tarikan yang sebenar  berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda  daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
 Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan  itu, ia juga datang bersama masalah.
 Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah  dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
 Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita  ditimpa pelbagai karenah.
 Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar  lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
 Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal  mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
 Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang  motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
 Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan  memandu kereta.
 Bukan semua yang anda  sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
 Tips: Agar mudah orang sayang,  cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,  maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
 Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda  pasti ada baik dan buruknya.
 Demikian juga perkahwinan.
 Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi  ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
 Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam  berumahtangga.
 Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,  tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
 Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa  seterusnya jambatan ke neraka?
 Berapa ramaikah yang  menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina  janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup  berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
 Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika  merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
 Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah  dulu kesabaran itu.
 Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia  untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan  tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala  tuntutannya. Berkahwin  itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya  gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
 Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.  Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan  gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
 Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada  kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
 Berkahwinlah demi  Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
 Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput,  namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah  sampai.
 Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.  Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.  Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
 Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
 Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
 Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
 Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
 Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar  adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
 Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya  hati kalau tak tahu menilai.
 Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana  segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.