Saturday, July 23, 2011



Biar pahit itu pergi agar manis datang mengisi...

Biar kecewa itu berlalu agar gembira datang bertamu...

Biar gelisah itu lenyap jangan sesekali semangat lenyap..

Biar derita muncul menyapa agar kekuatan diri dapat dijana....


TiDak MamPu HiDup SenDiri



Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenal, menyayangi dan saling membantu.
Keduanya pun punya tugas yang sama, iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing. Oleh itu, peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi ini.

Ayah dan Ibu contohnya..
disebabkan mereka memiliki tanggungjawab berbeza maka keluarga kita dapat hidup dengan baik. Cuba bayangkan sekiranya keduanya saling tidak membantu...pasti keluarga kita tidak akan bahagia..

Kerana itulah lelaki dan perempuan tidak boleh hidup terpisah. Jadi wajarlah jika lelaki dan perempuan saling jatuh cinta...


Thursday, July 21, 2011

Penemuan Khazanah-Khazanah ku...




Memandangkan aku tengah bercuti agak panjang...aku berkira-kira nak mulakan balik aktiviti berkarya aku yang telah lama ditinggalkan..apa yang penting..aku dah jumpa balik khazanah-khazanah lama aku yang kononnya hilang waktu aku ngan family pindah balik Kelantan.

Girangnya bukan main... :)





Ini semua kerja-kerja aku time sekolah dulu...hihihi...aku start buat kerja ni masa aku form 3..waahhh..dah cukup besar lah time tuh..masa aku banyak dihabiskan dengan menulis novel ni..

sejak aku mula masuk asrama..aku mula tinggalkan kerja aku nih..gara-garanya pernah sekali warden aku tangkap aku tengah berkarya waktu prep..uiihhh..dia rampas aku punya buku..haruu jadinya aku..start dari moment tu lah aku terhenti dan berhenti..

Tapi...dia bagi pulangkan balik buku tu waktu kami dapat cuti panjang. Dia nasihatkan aku waktu prep aku kena study..bukan buat novel..okay lah cikgu..dapat je balik harta bernilai aku tuh...aku sambung la balik.. :)



Namun..naik je tingkatan 5..aku dah mula sibuk..dengan kelas malam lah..kelas tambahan la..macam-macam..so...aku pun secara tak langsung aku berhenti.. :0

Yang paling best nye bila aku berkarya..my lovely sister always support me...hihih..dia lah yang jadi penasihat untuk cerita aku..
"thanks uyu.." :)

and to ma..sibuk nak suruh aku terbitkan..tapi sorry la ma...anak mu ini takda keyakinan lagi.. :)



Sekarang ni aku just retyping aku punye karya tu..dalam pada masa yang sama aku tengah fikirkan plot yang sesuai untuk citer kawan aku..hmmm...

Fida..Fidu..the twin...
"sori la paid..no progress yet..still thinking.."
:)

But..Insya'Allah..akan siap jugak citer tu..walaupun tak semenarik yang dibayangkan..hihihi...masih dalam tempoh pembelajaran.. :)


 

Template by BloggerCandy.com