Tuesday, June 19, 2012

# yeah #

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan.
Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!
#yeah . ;)

~ pemakanan untuk arnab ~

Sayuran yang segar boleh diberikan kepada arnab. Antara sayuran tersebut ialah :

romain lettuce

celery
carrot
brocoli
bak-choy
Attention!!!
  • Jika arnab cirit-birit, itu bermakna sayur yang diberi adalah layu.
  • Bersihkan sayur dengan air dan rendam selama 30 minit untuk buang racun serangga pada sayur.
  • JANGAN bagi salad bulat pada arnab
Buah-buahan yang baik sebagai makanan tambahan arnab seperti epal, blueberi, betik, tembikai, mempelam, rasberi, tomato, strawberi, pic, nanas
Hadkan pemberian – anggur, betik dan kismis kerana buah-buah ini mengandungi gula yang tinggi. – Pastikan anda membuang biji buah-buahan apabila memberi arnab buah-buahan yang berbiji

Tuesday, June 12, 2012

~ Drama Adaptasi ~

Aku memang penggemar novel. Ramai novelis yang aku admire dengan hasil kerja mereka. Contohnya, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Anis Sofea, Bikash Nur Idris, Norhayati Berahim, Fauziah Ashaari and ramai lagi. Recently, banyak movie yang di adaptasi dari novel-novel yang dihasilkan oleh pengarang yang terkenal.

Ombak Rindu, karya Fauziah Ashaari

Citer Ombak Rindu yang diadaptasi dari

novel ni berjaya ditayangkan dengan jayanya.

Gemersik Kalbu, karya Anis Ayuni

Drama tv3 ni pun berjaya meraih penonton. Drama yang ditayangkan sama hebat dengan cerita dalam novel.

Bicara Hati, karya Bikash Nur Idris
Bagi aku, novel Bicara Hati ni daebak sangat.Awesome! Tapi aku kecewa sangat bila novel ni di adaptasi dan jadi drama di channel Astro Prima. Pada pandangan aku, drama ni tak se 'awesome' bila baca dari novel..

Kau Untukku, karya Aisya Sofea

This is another storyline that really awesome. Watak yang digambarkan dalam novel ni seolah-olah hidup. Aisya Sofea have been establish nice story and novel.

Novel ni dah diadaptasi jadi filem tahun ni. Aku dah tengok citer ni. Sungguh menghampakan. Cerita yang ditayangkan tak sehebat cerita dari novel Kau Untukku. Bagi aku, pelakon yang dipilih untuk lakonkan watak dalam cerita ni tak sesuai.

Adam dan Hawa, karya Aisya Sofea

Tak sabar nantikan drama yang diadaptasi dari novel Adam Hawa ni. Harap-harap tak menghampakan peminat novel.
 

Template by BloggerCandy.com