Sunday, May 15, 2011

Air kosong penawar pelbagai penyakit...


Sekarang sudah tidak ramai yang mengamalkan minum air masak atau air kosong or nama mahalnya sky water..hmmm....tidak dinafikan sekarang orang ramai lebih suka meminum air yang berperisa dan yang pastinya sejuk.Jika ditanya,ada yang menjawab bahawa cuaca sekarang terlalu panas dan mereka memerlukan air sejuk atau ais untuk mengurangkan rasa panas tersebut.Ya..benar.Bagi peminat air yang berperisa dan manis..pernahkan anda terfikir akibat dari amalan anda tersebut?Penyakit apakah yang bakal menyerang tubuh anda?Mungkin anda pernah terlintas mengenainya dan menyedarinya namun ianya sudah menjadi habit..atau amalan anda..dan ia agak sukar untuk mnegubahnya.Pasti anda tidak merasa lengkap hari anda jika tidak mengambilnya atau meminumnya.
Sesungguhnya,ia masih belum terlambat bagi anda yang ingin mengubahnya.Genggam bara biar menjadi arang..anda mampu lakukannya..sedikit demi sedikit...

Dalam ruangan ini saya sertakan satu artikel yang mengenai manfaat minum air kosong yang saya baca dari laman web iluvislam.com..selamat membaca dan selamat mengubahnya...ini untuk anda dan juga saya.. :)

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com