Tuesday, September 20, 2011

" I like this girl " 7

Bermulalah perjalanan hidup yang baru buat diri Ashraff. Semangat untuk ke kelas menjadi luar biasa. Tidak sabar untuk menanti tiba masanya kelas bersama Aina. Kini, hubungan persahabatan antara dirinya dengan Aina sudah terjalin. Itu yang membuatkan hati Ashraff sentiasa berbunga-bunga. Hari ini jadual Ashraff menunjukkan yang dia mempunyai kelas bersama Aina. Awal-awal pagi lagi Ashraff sudah bangun dan bersiap untuk ke kelas.
“ Ash...kau nak pergi mana pagi-pagi ni?” soal Faid yang dating dengan muka mamainya. Ashraff yang sedang menyembur pewangi mengukirkan senyuman.
“Kelas laaa..mana lagi.” Ujar Ashraff ringkas. Faid yang pada mulanya dalam keadaan mamai terus membuka matanya dengan luas.
“Oh damn..aku lupa lagi. Kau bukan tahu nak kejutkan ak....”belum sempat Faid menyudahkan ayatnya yang agak macam peluru pistol. Ashraff memotongnya terlebih dahulu.
“Wooo..rileks bro. Apa kau ngigau ni? Aku ada kelas MIS laa..”
Faid memandang Ahsraff tanpa berkelip. Sebentar tadi jantungnya bagai nak luruh bila menyedari yang dia sudah lewat untuk ke kelas. Ashraff tersenyum nipis.
“ Kau memang boleh kasi orang masuk kubur. Tahu?” Faid berkata setelah diam untuk beberapa minit.
“Kau yang mamai..nak salahkan aku.”
Faid bergerak baring di atas katil Ashraff yang sudah kemas.
“Apahal kau bangun awal ni? Hairan aku.” Faid bertanya hairan. Jika dulu Ashraff sering saja terlepas kelas pagi kerana lewat bangun dari tidur. Dan pagi ini Ahsraff dengan wajah cerianya sedang bersiap untuk ke kelas. Faid merasakan dia seperti bermimpi melihat Ashraff berwajah ceria untuk ke kelas pagi.
“ Hijrah.” Jawab Ahsraff ringkas dan padat. Faid mengangguk-anggukkan kepalanya. ‘Hijrah?’ hati Faid berdetik.’Luarbiasa..memang luarbiasa..’bisik Faid. Ahsraff berpaling memandang Faid.
‘Eh...tidur rupanya mamat ni.’ Bisik Ashraff. Beg yang berada di atas meja belajar dicapai oleh Ashraff dan terus berlalu. Faid dibiarkan tidur di atas katilnya. Sewaktu berada di dalam kelas, perjalanan masa terasa begitu lama. Matanya asyik menilik jam di tangan. ‘Bila kelas ni nak habis?’ bisik Ashraff dalam hati. Fikirannya mula melayang kearah gadis yang membuatkan dia bersemangat. Aina.
“ Aina..saya sayangkan awak.” Ashraff menyentuh jari jemari Aina lalu digenggamnya. Aina tersipu malu. Wajahnya sedikit ditundukkan. Mungkin ini lah kali pertama dia mendengar ungkapan itu. Ashraff tersenyum senang hati.
“Kenapa awak diam je Aina?” soal Ashraff. Sejak dia mengungkapkan rasa hatinya terhadap Aina, gadis itu hanya diam.
“Err....” Aina berasa gugup. Ashraff hanya memandang wajah Aina yang sedikit terlindung.
“ Awak tak suka saya ke Aina?” soal Ashraff dengan tiba-tiba. Kebisuan Aina membuatkan hatinya gusar. Bimbang jika dia bertepuk sebelah tangan. Demi mendengar persoalan yang keluar dari mulut Ashraff, Aina mengangkat wajahnya dan terus menatap mata Ashraff.
“Tidak...bukan..” akhirnya Aina bersuara. Namun hanya untuk beberapa saat dan Ashraff masih menanti butir bicara Aina yang seterusnya.
“Saya....suuu,” Ashraff menanti lagi dengan harapan Aina menyudahkan ungkapan yang teramat dia dambakan. Tiba-tiba Ashraff merasakan bahunya disentuh dan Aina pun hilang dari ruangan matanya. Ashraff menoleh sekeliling dengan kerutan di dahi. Aina? Kelas?
“Prof calling your name..” seorang teman yang duduk bersebelahan dengannya bersuara. Mata Ashraff terus memandang Proffessor Ahmed Maliki yang sedang memegang kepingan kertas. Ashraff menggarukan kepala. Lebih kurang blour. Bukan lebih kurang..dah memang blour..isshhh... Ashraff mengutuk dirinya dalam hati. Macam mana boleh berangan dalam kelas ni?
Tanpa membuang masa, Ashraff terus berdiri dan mengambil kertasnya daripada Prof. Ada beberapa mata asyik memandangnya. Ada juga kenalan yang tersenyum melihat gelagat blournya sebentar tadi. ‘Rileks broo..control macho..’ Ashraff berbisik bagi mengurangkan rasa malunya. Mujurlah selepas kejadian itu, kelas sudahpun hampir tamat maka bolehlah Ashraff menyorokkan muka blournya di dalam tandas. Malu.
‘Ishh..kacau line la prof ni.’ Rengus Ashraff sedikit geram kerana lamunannya di ganggu. Jika tidak pasti dia dapat mendengar Aina meluahkan perasaan terhadapnya. Ashraff meneruskan langkahnya menuju ke kelas yang seterusnya. ‘Apahal lah yang aku kemaruk sangat dengan budak tu..’keluh Ashraff.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com