Sunday, August 28, 2011

" I like this girl " 6

Setelah selesai berbincang bersama teman-teman di belakang, Ashraff kembali ke tempat duduknya. Itupun apabila kelas sudah bersurai. Aina sudah tiada di tempat duduknya. 'Dah balik kot..'fikir Ashraff. Tangannya pantas mengemas barang-barang dan dimasukkan ke dalam beg. Sewaktu dia menarik beg untuk disangkut ke bahu, sehelai kertas jatuh di hujung kasutnya. Dahi Ashraff berkerut. Dia tunduk mengambil kertas tersebut.
"Jumpa saya di cafe." Ashraff membaca perlahan nota yang ditinggalkan oleh Aina. Senyuman lebar terukir di wajah Ashraff. Gembira. 'Alahai..benang dah masuk jarum ke ni?' bisik Ashraff sendirian. Kakinya diatur pantas menuju ke cafe yang dimaksudkan oleh Aina. Senyuman tidak lekang di bibir. 'Kalau orang dapat duit boleh jugak nak cakap durian runtuh..dalam kes aku? apa yang jatuh?' Ashraff berbicara dengan dirinya. Memandang jam sekarang adalah waktu pejabat,tidak ramai di cafe tersebut. Ashraff mencari-cari batang hidung Aina. Matanya melilau mencari kelibat gadis itu namun tidak kelihatan. Ashraff menghela nafas panjang. 'Takda pun..'desis Ashraff. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. 'Dia tipu ke?' bisik satu suara. Ashraff menggigit bibir. 'Ish..takkanlah..muka takda tokoh langsung jadi penipu..impossible..'sangkal Ashraff. Dia melilaukan kembali matanya mencari Aina. Penat berdiri Ashraff mencari meja yang senang dilihat seandainya Aina datang. Jam tangan ditoleh lagi. 'Tunggu lah kejap.' Ashraff berbisik. Jari-jemarinya rancak mengetuk permukaan meja. Puas mengetuk meja dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Manalah tahu kot-kot ada mesej yang sesat..namun hampa.Kosong je. Ashraff mengeluh. 'Ish..lama la pulak.'rungut Ashraff. 'Nak mainkan aku ke apa ni?' dahi Ashraff mulai berkerut seribu. 'Tinggal notes nak jumpe aku..tapi hampeh..batang hidung pun tak nampak.'desis Ashraff meluahkan rasa tidak puas hatinya. Tiba-tiba Ashraff dikejutkan dengan satu sergahan dari dalam hatinya. 'Woii bro..relax la..ni first date ko dengan dia. Chill..' Ashraff menggigit hujung kukunya. 'First date?' Ashraff berbisik sendirian. Bibirnya mengukirkan satu senyumana yang penuh makna dan bahagia. Dia ajak aku dating rupanya..hihihi...Dahi Ashraff tidak lagi berkerut. 'Kalau aku tahu dia ajak date..bukan setakat lewat lima belas minit aku sanggup tunggu....berpuluh-puluh minit pon aku sanggup.' desis Ashraff berkata pada dirinya sendiri. Hatinya bernyanyi riang. Cafe yang tadinya agak penuh dikerumuni oleh pelajar dan staff mulai lenggang. Akibat terlalu lama menunggu, Ashraff bergerak menuju ke kaunter untuk memesan minuman. Tekaknya terasa haus. Apabila hendak melangkah semula ke meja yang didudukinya, matanya bertemu dengan mata Aina. Segera senyuman diukirkan. 'Aiiikk...tak berbalas..sapa yang tunggu sapa ni?isshh..'rungut Ashraff apabila senyumannya tidak berbalas. Memang sah minah ni hati dingin..Ashraff menghampiri Aina. Kelihatan Aina tidak berseorangan. Ada dua orang perempuan yang tidak dikenali bersama Aina. 'Bawak bodyguard sehhh...'bisik Ashraff nakal.
"Sorry lambat. Saya solat kat masjid dulu tadi."pinta Aina. Ashraff tersengih-sengih seraya menganggukkan kepalanya. "Ishh..tak apa..tak lama sangat pon."Ashraff berkata. Namun bibirnya tidak seiring dengan Ashraff. 'Hanggok kau..tak lama sangat.'marah satu suara. Ashraff sendiri tak pasti dari mana datangnya suara itu.
"Eh...kita ni nak berdiri je ke?jemput-jemput la duduk..pesan makan..minum.." Ashraff bersuara. Aina dan teman-temannya dipandang silih berganti. Senyuman tetap mekar di bibir Ashraff dan menghiasi wajahnya. Aina berdehem kecil. Buku yang dipegangnya diletakkan di atas meja.
"Tak apa. Terima kasih. Tujuan jumpa pun bukan nak makan dan minum." ujar Aina bersahaja. Hilang sudah senyuman yang mekar Ashraff. Yang tinggal hanya senyuman tawar. 'kalau bukan nak dating..dah tu?'soal Ashraff kehairanan. Patutlah gadis itu membawa dua orang temannya. 'Haiissh..aku ingatkan memang style dia dating bawak kawan. Memang boleh diampun..uhh!.' Ashraff menggigit bibir. Rawan pulak hatiku..
Aina yang melihat Ashraff terdiam tanpa kata merasa sedikit rasa bersalah. 'Sikit je pun..'bisik Aina.
"Macam ni lah...nak dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang ni..saya nak jugak bertanya awak..what the purpose awak baik dengan saya?"soal Aina tanpa berselindung. Ashraff yang agak terkejut dengan pertanyaan Aina cuba menyelindungkan riak terkejutnya. 'Oitt..terjahan ke apa ni?dah la kawan-kawan dia ada sekali..uisshh...gawat 2011 ni..' bisik Ashraff dalam hati.
"Kan hari tu saya dah cakap saya ikhlas nak berkawan dengan awak..awak tak sudi ke?,"
Aina menghela nafas perlahan. Redup wajah Ashraff menggamitnya untuk terus menatap wajah itu. 'Rupanya cute jugak mamat nih..'bisik hati Aina. Namun tatapan itu tidak lama. Aina terus melarikan anak matanya ke arah sekumpulan pelajar yang baru memasuki kawasan cafe. 'Huiisshh..bahaya.macam mana lah boleh tertengok muka dia?kau ni mata..control la sikit..'marah Aina pada dirinya sendiri yang hampir terleka merenung Ashraff.
"Aina..."panggil Ashraff apabila gadis itu hanya diam.
"Bukan tak sudi..tapi..tak selesa je.."jawab Aina pantas. Memang itu yang dirasakannya sepanjang perkenalan tiba-tiba antaranya dan Ashraff. Ashraff menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Pening jugak minah ni..'fikir Ashraff.
"Apa kata..untuk make it easy..awak terima je.Okay?,"cadang Ashraff secara tiba-tiba.
"Terima apa?,"soal Aina dengan dahi yang berkerut. Tanda tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Ashraff.
Ashraff menggigit bibirnya. 'Ha'ah la..terima apa ek?' Ashraff memutar otaknya untuk berfikir. 'Think..think..think..' Senyuman terlukis di wajah. 'Got it..macam jimmy neutron pulak..' Ashraff ketawa dalam hati. Mentang-mentanglah peminat setia cerita kartun Jimmy Neutron. "Terima untuk berkawan dengan saya la.." jawab Ashraff. 'nak jadi awek terus pon cun gak tuhh..'sambung Ashraff dalam hati. Kalau lah didengari oleh Aina secara terangan kena reject agaknya. 'Make it slow..'fikir Ashraff.
Giliran Aina pula mengetap bibirnya. 'Haishh...dah lah aku malas nak berfikir. Dia pulak buat aku berfikir.'
"It's okay kalau awak nak fikir dulu.Tapi nanti bagitahu la samada on atau off..kalau on..besar Stadium Shah Alam saya tadahkan..kalau off..saya pun off la dari dekat dengan awak." ujar Ashraff dengan penuh kematangan. 'Ye ke?'hihihi..Ashraff hanya merenung wajah Aina. Renungan Ashraff membuatkan Aina merasa segan.
'Teruk sangat ke aku ni?'fikir Aina. Dia berpaling memandang ke arah teman-temannya yang tidak jauh darinya. 'Adoiii...pandai la buat muka naif macam tu..'desis Aina. Nafas dihela panjang. Buku yang tadinya diletakkan diatas meja dicapainya semula.
"Okay.On."putus Aina setelah berfikir tidak kurang dari lima minit. 'Lama la jugak..'
Ashraff bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengarinya. 'telinga aku yang salah dengar ke?' Ashraff mengorek telinganya. Aina mengerutkan dahi melihat reaksi dari Ashraff. 'Ishh..tak senonoh...korek telinga pulak..'Aina berbisik dalam diam.
"Betul ke ni awak?," soal Ashraff minta kepastian. Aina sekadar menganggukkan kepalanya.
"Wohhooo...ok..nice one."Ashraff berkata riang. Rasa gembira dengan penerimaan dari Aina bagaikan tidak terluah. 'Yesszzz..dah dapat..'jerit Ashraff dalam hati. 'Stay macho man..'Ashraff berdehem. Senyuman tidak hilang dari wajah.
"Ok la..saya ada kelas. Bye."ujar Aina dan terus berlalu tanpa menanti kata akhir dari Ashraff.
"Aina..."panggil Ashraff. Aina menghentikan langkahnya.
"Yes?,"
"Thanks..and see you tomorrow.." Aina mengangguk lagi dan berlalu. Ashraff menghantar langkah Aina dengan sorotan mata. 'Haii..senangnya dalam hati..benang dah masuk jarum..'Ashraff menyanyi riang dalam hati. Memandangkan jadualnya untuk hari ini sudah tamat, Ashraff bergerak untuk pulang ke biliknya. Hatinya berbunga riang. 'dah boleh mandi basah..makan kenyang..hhihihi..'bisik Ashraff pada dirinya.



No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com