Wednesday, March 18, 2009

- andai kau tahu..-


Aku bukanlah seorang yang memilih yang terbaik. Tetapi cukuplah mengasihiku setulusnya. Memberikan aku kebahagian biarpun tidak berpanjangan. Kerana aku tahi tidak selalu manusia akan berada di atas. Malah, hidup ini diumpamakan seperti roda. Adakalanya kita akan berada di bawah dan adakalanya kita berada di atas. Aku sedar aku tidak akan sentiasa merasa bahagia itu kerana hidup ini sudah pun secukup rasa. Ada masam dan manisnya.

Namun aku disalah ertikan. Aku dikatakan mahu yang sempurna. Tidak! aku tidak mahukan kesempurnaan dalam hidup ini. Aku inginkan pelengkap. Aku tahu bahawa tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini. Malahan aku sendiri tidak sempurna, masakan aku mahu mencari yang sempurna untuk diriku. Seolah-olah aku ini mementingkan diri sendiri.

Cukuplah buatku seorang teman yang memahami aku. Seorang teman yang ikhlasuntuk menyayangiku..Seorang teman yang benar-benar jujur dengan ku..Pabila aku menyerahkan hatiku padanya..dia pula seolah-olah mempermainkan hatiku. Dan menggunakan hatiku seperti alat mainan.

ketahuilah...aku hanya mahu yang sudi mencintaiku setulus hatinya..bukan untuk dijadikan boneka yang boleh diketawakan....







p/s:renew...


No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com