Wednesday, March 18, 2009

-andai kau memahami-





Kata-kata yang dilemparkan ada kalanya mampu menggores hati ini. Meskipun luaran kelihatan sekeras batu permata namun dalaman hanya lah selembut kerak nasi yang sudah pun direndam air.

Tidak kah dia tahu yang aku sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik buatnya. Agar diri ini tidak lagi dikatakan bodoh. Namun, sekuat mana pun aku mencuba cela itu tetap hadir. Aku hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Dimanakah letaknya diri ini andai diri ini sudah pun dinilai dengan nilaian begitu rendah? Layakkah diri ini berada di hati nya setelah melakukan penilaian yang rendah terhadap diriku? Mampukah diri ini disayangi seikhlasnya seandainya diri ini kelihatan begitu rendah pada pandangannya? Siapakah yang mampu menjawab persoalan ini? Aku kah? Sudah lama aku mencari jawapannya. Namun, hampa.. aku tidak temuinya. Adakah jawapan ini hanya ada padanya?

Aku biarkan persoalan itu pergi..setelah jawapan itu tidak aku temui. Kiranya suatu hari nanti jawapan itu aku temui..aku akan tersenyum lega. Bukan kerana aku gembira akan jawapan untuk persoalan aku itu. Senyuman ku kerana aku lega sebab tiada lagi persoalan dalam minda ku..

Aku menangis sedih mengenangkan kata-kata yang dilemparkan olehnya buat ku..bukan aku tidak pernah menegurnya..sudah banyak kali..aku mengenali dirinya. Sepatutnya dia juga mengenaliku. Dia juga patut tahu tentang aku yang mempunyai sekeping hati yang cepat terusik. Sehinggakan sepatah kata-kata pun mampu melukakan hati ini..

Andainya aku dikatakan punca kemarahannya..aku hanya mampu meminta maaf. Bukan mahu ku membuatnya marah. Tiada niatku untuk menyalakan bara kemarahannya. Aku akui.. itu lah kekuranganku..kecacatan ku.. namun..tidak perlu jua untuk menghina ku..memaki aku.. aku insan yang punya perasaan.. aku juga punyai hati yang perlu dijaga. Terlalu banyak luka di hati ini..mungkin luka itu sudah kering..tetapi..andainya terkena air..pasti akan pedih kembali.

Aku bukanlah harapkan yang sempurna untuk menjaga hati ini. kerna aku sedar..aku juga bukanlah seorang yang sempurna. Tetapi aku harapkan seorang yang sudi untuk menerima kekurangan aku. Menerima diri ini dengan seadanya. Bukan untuk dijadikan boneka. Bukan untuk dijadikan pintu yang boleh ditarik dan ditolak sesuka hati..

Sedaya upaya aku menjaga hatinya.. dengan harapan hatiku turut dijaganya. Bersungguh aku menyayanginya dengan harapan agar diri ini turut disayanginya. Mencuba untuk setia dengan harapan aku juga merasai nikmat kesetiaan darinya.




No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com