Monday, March 16, 2009

- andai kau mengerti..-



Bermula dengan perbualan kecil..lantas membina sebuah perhubungan. Sungguh singkat dirasakan namun aku tidak mengerti akan perasaan yang terbit buat si dia. Perasaan sayang yang tiba-tiba hadir. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki dirasakan begitu kuat buatnya. Apabila bersamanya, aku rasakan bahagia dan begitu disayangi. Andai diturutkan aku mahu sentiasa bersamanya..meluangkan masa bersamanya.Kerna aku tahu dengan cara itu aku akan dapat mengenali dirinya lebih dalam. Namun keindahan itu tidak selamanya ada..bukan? hatiku goyah tatkala aku tergerak untuk membuka laman sosial nya. Apa yang aku temukan sungguh aku tak sangka. Kepercayaan yang aku serahkan buatnya menjadi pudar. Ragu-ragu terhadap perasaannya menjadi santapan hatiku. Tiada siapa pun dalam hidup ini mahu dirinya sentiasa berada di dalam keadaan ragu-ragu. Malahan, ragu-ragu merupakan perasaan yang amat tidak disukai Allah. Tambahan, perasaan ini adalah senjata syaitan untuk melemahkan hati dan iman umat manusia.

Mengapa sukar dimengerti perasaan dan hati ini? Apakah aku gagal mengenali diri ini sendiri? Atau apakah aku ini benar-benar lemah dan mudah di tarik dan ditolak sesuka hati?
Salahkah aku memohon pengertian darinya? Agar mengasihi diri ini dengan ikhlas. Supaya berlaku jujur dalam perhubungan ini.. tiap kali aku mencuba membuatnya faham tiap kali juga dia menyatakan ya. Namun apa yang dikatakan tidak seperti yang ditunjukkan kepadaku.
Terkadang aku sering mengelamun.Memikirkan diri ini. Di mana salahku? Di mana kurangku? Aku merasakan telah aku lakukan yang terbaik untuknya..supaya aku menjadi sempurna di matanya. Aku tahu,aku terlalu mencuba. Terlalu mencuba membuat dia mengerti tentang perasaanku yang ikhlas untuknya.. mencuba membuat dia mengetahui perasaan sayangku buatnya. mencuba membuat dia menyedari tentang kesetiaan ku padanya.


Adakalanya aku lelah kerana terlalu mencuba dan mencuba. Adakalanya aku berserah pada ketentuan. Tetapi..kuatkah aku? aku hanyalah insan biasa yang kadang-kala terganggu dek perasaan halus ku ini..Ada ketika aku merasakan aku seorang yang kuat. Mampu untuk membuat keputusan yang pastinya membuat aku menangis. Namun, ada masanya aku merasa terlalu lemah sehinggakan aku tak berdaya untuk berbuat apapun. Kejamkah aku pada diriku? Kejamkah aku pada hati dan perasaanku? Aku telah membiarkan hati ini terus dilukai tanpa sempat merasa bahagia. Aku membiarkan hati ini terus menangis tanpa aku sempat membiarkan ia mengukirkan senyuman. Ya..aku seorang yang kejam. Kejam pada diriku sendiri.

Maafkan aku wahai hati..



p/s :renew..

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com