Sunday, August 14, 2011

untuk berkongsi....

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI.. KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI.. HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!

” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Saturday, August 13, 2011

merCun oh MerCun..






Hari ni dah 13 hari berpuasa..rse mcm cepat je mase berlalu...tapi kadang2 mse itu terasa lambat untuk dilewati.. :)

bercerita tentang puasa...kalau takda mercun dan bunga api..mesti xsah..bulan puasa datang..mercun pun datang..dah macam isi dan kuku...bagai aur dengan tebing..tak dapat dipisahkan.. Yang hairannya..puasa belum lagi mula tapi dah kedengaran bunyi mercun *dum dam dum dam..* hihi..betul ke bunyi mercun macam tuh??

Aku bukan kisah sangat pasal mercun nih tapi bila dah dikira menganggu pendengaran aku dan ketenangan aku..terpaksalah aku kisahkan jugak..aku hairan kenapa mercun perlu wujud sekali dalam bulan yang penuh kemuliaan ni?

Kepada sape2 yang suke sangat bermain mercun dan membakar mercun ni..korang tak tahu ke mercun ni boleh mengganggu jiran tetangga? Bunyi letupan mercun yang kuat boleh membuatkan sesape je yang mendengarnye tersentak dan terkejot..

Bagi aku yang muda ni memang lah tak berapa nak ambil kisah tentang terkejut tuh.tapi..macam mana dengan makcik-makcik..pakcik-pakcik...atuk-atuk..nenek-nenek..yang tua-tua?bukan ke mereka boleh terkejut dengar bunyi letupan mercun yang kuat secara tiba-tiba..tak terfikir ke para penggemar bahan api mercun..tentang mereka yang mempunyai penyakit jantung..dan juga sawan..yang begitu alah dengan bunyi secara tiba-tiba.. "thinking rasional guys.."..

you all might put them into danger..bawak-bawaklah berfikir sejenak..tentang bahaya nya mercun nih..tambahan pula..there is more contra than pro pasal mercun nih..lagipun pihak berkuasa sendiri melarang keras tentang mercun ni..

Aku tulis pasal nih kes nye..tengah2 aku syok duk layan perasaan..tiba-tiba bunyi mercun dengan kuatnya. Tersentak jantungku..secara tidak langsung fikiran aku mula lah melayang ke arah golongan tua yang menghidap penyakit berbahaya tu..






For the conclusion..marilah kita sama-sama menjaga adab kita dengan jiran tetangga. Menghormati jiran tetangga yang mahukan ketenangan dan keamanan setelah penat bekerja di siang hari.. :)


Thursday, August 11, 2011

Setia..



Kenapa harus bercinta andai kita tidak tahu cara menghargainya?
Kasih sayang dan percaya antara satu sama lain adalah satu perkara yang perlu ada dalam perhubungan..
Dan yang paling penting adalah
SETIA padanya.
Jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk meninggalkan dia atas sebab-sebab yang remeh-temeh.

Dalam hubungan yang kurang mesra,
kesabaran adalah penting untuk menjadikan hubungan itu bertambah mesra.






Romeo And Rosalin??






"Romeo, kenapa cinta awak tidak serius?" "Kenapa awak terlalu cepat dan mudah melupakan?" soal Rosalin bertubi-tubi kepada Romeo. Namun,hanya sepatah yang keluar dari mulut Romeo. "Maafkan saya." Tanpa pamitan Romeo berlalu meninggalkan Rosalin yang dalam linangan air mata.

Jika ditanya pasti semua orang tahu tentang kisah Romeo dan Juliet..tapi ramai yang tak tahu sebelum hadirnya cinta sejati antara Romeo dan Juliet, ada kisah antara Rosalin dan Romeo..

"benarkah??"..hmm..aku pun tak bape nak sure..hihihi.. :)

Dikeheningan malam macam ni aku suka layan perasaan..fikirkan sesuatu yang mungkin tidak sepatutnya aku fikirkan.. *jgn salah faham lak..* lebih kurang macam letak tangan atas dahi la..muhasabah diri sendiri..lagipun kalau bukan kita yang lakukannya..siapa lagi..kita tak boleh minta pertolongan orang lain dalam hal muhasabah diri sendiri. Mungkin kita hanya mampu meminta nasihat dan dorongan.

Aku berpendapat..kenapa lelaki mudah melupakan sesuatu perhubungan manakala perempuan kebanyakannya masih dibayangi kisah-kisah perhubungan yang dulu. Agaknya kenapa ek?? Persoalan itu adakalanya menghantui aku...

Adakah kerana lelaki hanya berpura-pura dalam perhubungan? Adakah lelaki hanya ingin berseronok dan lalu bertindak mempermainkan perasaan perempuan?
Aku xtahu jawapannya ape sebab aku bukan lelaki.. :) so aku tak ada jawapan tu..

Tapi...aku percaya bukan semua lelaki begitu..meskipun dunia bertambah maju..aku pasti masih ada lelaki yang benar-benar ikhlas dalam perhubungan.

Okay..gurls..kepada gurls yang masih muda dan mentah dalam perhubungan..terutamanya adik-adik yang masih bertatih dalam alam perhubungan ni..nek nasihatkan agar adik-adik janganlah terlalu menaruh harapan yang amat tinggi dan terlalu tinggi terhadap sesebuah perhubungan. Andai terjadinya perpisahan yang tidak pernah di ingini pasti adik-adik yang terasa sakitnya.


Lelaki amat payah untuk ditafsirkan. Dan amat payah untuk difahami.. kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah mengenalinya...rupa-rupanya masih banyak yang kita tidak tahu tentang dirinya dan tidak mengenalinya lagi sebagai mana dirinya..






Wednesday, August 10, 2011

Send a gift to your friends







seandainya kita tidak mampu untuk mengurus secebis kesenangan kepada orang lain,
berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Saturday, July 23, 2011



Biar pahit itu pergi agar manis datang mengisi...

Biar kecewa itu berlalu agar gembira datang bertamu...

Biar gelisah itu lenyap jangan sesekali semangat lenyap..

Biar derita muncul menyapa agar kekuatan diri dapat dijana....


TiDak MamPu HiDup SenDiri



Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan dengan tujuan agar keduanya saling mengenal, menyayangi dan saling membantu.
Keduanya pun punya tugas yang sama, iaitu membina kehidupan meskipun ada perbezaan cara dan etika dalam diri masing-masing. Oleh itu, peranan inilah yang dapat membantu keduanya merealisasikan fungsinya sebagai makhluk di muka bumi ini.

Ayah dan Ibu contohnya..
disebabkan mereka memiliki tanggungjawab berbeza maka keluarga kita dapat hidup dengan baik. Cuba bayangkan sekiranya keduanya saling tidak membantu...pasti keluarga kita tidak akan bahagia..

Kerana itulah lelaki dan perempuan tidak boleh hidup terpisah. Jadi wajarlah jika lelaki dan perempuan saling jatuh cinta...


Thursday, July 21, 2011

Penemuan Khazanah-Khazanah ku...




Memandangkan aku tengah bercuti agak panjang...aku berkira-kira nak mulakan balik aktiviti berkarya aku yang telah lama ditinggalkan..apa yang penting..aku dah jumpa balik khazanah-khazanah lama aku yang kononnya hilang waktu aku ngan family pindah balik Kelantan.

Girangnya bukan main... :)





Ini semua kerja-kerja aku time sekolah dulu...hihihi...aku start buat kerja ni masa aku form 3..waahhh..dah cukup besar lah time tuh..masa aku banyak dihabiskan dengan menulis novel ni..

sejak aku mula masuk asrama..aku mula tinggalkan kerja aku nih..gara-garanya pernah sekali warden aku tangkap aku tengah berkarya waktu prep..uiihhh..dia rampas aku punya buku..haruu jadinya aku..start dari moment tu lah aku terhenti dan berhenti..

Tapi...dia bagi pulangkan balik buku tu waktu kami dapat cuti panjang. Dia nasihatkan aku waktu prep aku kena study..bukan buat novel..okay lah cikgu..dapat je balik harta bernilai aku tuh...aku sambung la balik.. :)



Namun..naik je tingkatan 5..aku dah mula sibuk..dengan kelas malam lah..kelas tambahan la..macam-macam..so...aku pun secara tak langsung aku berhenti.. :0

Yang paling best nye bila aku berkarya..my lovely sister always support me...hihih..dia lah yang jadi penasihat untuk cerita aku..
"thanks uyu.." :)

and to ma..sibuk nak suruh aku terbitkan..tapi sorry la ma...anak mu ini takda keyakinan lagi.. :)



Sekarang ni aku just retyping aku punye karya tu..dalam pada masa yang sama aku tengah fikirkan plot yang sesuai untuk citer kawan aku..hmmm...

Fida..Fidu..the twin...
"sori la paid..no progress yet..still thinking.."
:)

But..Insya'Allah..akan siap jugak citer tu..walaupun tak semenarik yang dibayangkan..hihihi...masih dalam tempoh pembelajaran.. :)


Thursday, June 9, 2011

Pelangi selepas Hujan..

Mengapa mesti ada pelangi selepas hujan?Mengapa ada kegembiraan selepas kesedihan?

Selalunya...apabila kita sedang bersedih..teman-teman pasti akan menasihati kita dengan mengatakan “Akan ada pelangi selepas hujan.”

Ini lah yang dinamakan kehidupan. Selepas hujan,pelangi akan muncul mewarnai langit yang kelam..selepas kesedihan akan datang kegembiraan menyinari hari-hari..

Dalam perkahwinan sudah menjadi suatu kewajiban berlakunya pertelingkahan dan perselisihan pendapat antara suami isteri. Tidakkah kita sedar bahawa kecacatan ini yang mencorakkan suatu perhubungan. Namun.ia tidak bermakna kita mesti gaduh je..semata-mata nak bagi perhubungan itu nampak menarik. Nanti jika ditanya kenapa selalu gaduh..dijawabnya ‘saja nak bagi rasa best.’

Uhhhh...cam tak masal je jawapan tuh. Tak semesti nya dengan gaduh je dapat mencorakkan hubungan agar tak bosan..banyak lagi perkara lain yang boleh buat perhubungan itu kelihatan serasi.

Dalam perhubungan, lelaki dan perempuan kenalah tahu bertolak ansur..kerjasama..apa yang penting...kerjasama kan...haa....dua-dua nak kena control perhubungan..jangan bagi salah satu pihak je yang control hubungan tu..nanti nampak macam boring je..

Bagi gurl yang kat luar sana..jangan ingat bila korang ikot je apa kate boy korang..dorang akan suka..ada juga setengah boy yang nak tengok tahap memberontak korang..kalau korang tak suka dengan apa yang boy korang suh buat..korang cakap je...jangan nak ikot je...korang kena ada rasa memberontak tu...tapi jangan la nak melebey... ~_~

And gurl...yang baru je memupuk benih-benih cinta ni...jangan ingat cinta korang akan kekal..perjalanan kita masih jauh..u never know what would happen next day..tapi..ada setengah perhubungan cinta di zaman muda membawa ke jinjang pelamin..macam cikgu aku...dia dengan wife dia dari form 4 lagi couple...and until now..happy couple..dah jadi jodoh dorang..cinta zaman dulu dan sekarang banyak perbezaannya..dulu nak contact sesame sendiri pon susah...hanya guna surat je...sekarang..masing-masing dah ada handphone..kalau rindu..boleh mesej...call..ym..fb..macam-macam ada..

To gurl...u’oll kena la ingat..jangan terlalu mengharap dalam perhubungan yang korang sendiri tak pasti dimana hujungnya. Kalau percintaan u’oll dengan boy masing-masing sampai ke pelamin..ALHAMDULILLAH...kalau sampai tengah jalan je?agak sakit pada yang mengharap...kan?bak kata penasihat aku...’sayang tu boleh..tapi jangan lebih.sebab ko sendiri takpasti dengan hubungan ni.bila ko dah yakin dengan hubungan ko dan dia akan jadi peneman hidup ko..baru lah ko boleh saying dia dengan selayaknya..’..haa..lebih kurang macam ni la dia cakap..nii dari mulut kaum Adam taw...

So....kesimpulannya...aku saja wat post ni nak share apa yang aku tahu dari boy aku..^_^

Sunday, June 5, 2011

Bagai retak menanti belah..


Bagai retak menanti belah..itulah tajuk untuk hari ini.
Ia bukan sahaja berlaku dalam perkahwinan..malah lebih kurang popular dalam percintaan pasangan muda-mudi.

Istilah 'Orang ketiga' sentiasa menjadi punca keretakan sesuatu hubungan itu.Benarkah?
Jika mengikut secara logik,.memanglah.Tapi..semua ini bergantung pada pasangan masing-masing.Ia terpulang pada individu bagaimana mahu mengelakkan wujudnya istilah orang ketiga ini dalam perhubungan.

Adakah pergaduhan yang sering berlaku antara pasangan menjadi punca pasangan tersebut mulai bosan dan mencari alasan untuk mencari yang lain?
Jawapannya mungkin ya..dan mungkin juga tidak..

Kalau cinta dan sayang...untuk apa mencari yang lain..meskipun pasangan ada banyak kekurangan or..lebih sesuai..not up to your expectations..no one in this world were perfect unless our Prophet,Rasullullah S.A.W..

Either boys or gurls..both need to have trust each other.Speaking about trust..it is more easier said than do..mostly..perasaan cemburu lebih menghantui gurls daripada boys...it is true right?
but...remember gurls..boys cannot handle heavy jealous...it is annoying to them..yeaahhh..whatever..~_~
Tapi boys...bila dah kantoi..adakah cemburu gurls still tak bertempat..??And gurls..you should know better..when boys doing something behind you..there must be something wrong with your relationship..

Gurls...jangan jadi lemah.You have to be strong...yes..exactly...









 

Template by BloggerCandy.com