Thursday, August 11, 2011

Romeo And Rosalin??






"Romeo, kenapa cinta awak tidak serius?" "Kenapa awak terlalu cepat dan mudah melupakan?" soal Rosalin bertubi-tubi kepada Romeo. Namun,hanya sepatah yang keluar dari mulut Romeo. "Maafkan saya." Tanpa pamitan Romeo berlalu meninggalkan Rosalin yang dalam linangan air mata.

Jika ditanya pasti semua orang tahu tentang kisah Romeo dan Juliet..tapi ramai yang tak tahu sebelum hadirnya cinta sejati antara Romeo dan Juliet, ada kisah antara Rosalin dan Romeo..

"benarkah??"..hmm..aku pun tak bape nak sure..hihihi.. :)

Dikeheningan malam macam ni aku suka layan perasaan..fikirkan sesuatu yang mungkin tidak sepatutnya aku fikirkan.. *jgn salah faham lak..* lebih kurang macam letak tangan atas dahi la..muhasabah diri sendiri..lagipun kalau bukan kita yang lakukannya..siapa lagi..kita tak boleh minta pertolongan orang lain dalam hal muhasabah diri sendiri. Mungkin kita hanya mampu meminta nasihat dan dorongan.

Aku berpendapat..kenapa lelaki mudah melupakan sesuatu perhubungan manakala perempuan kebanyakannya masih dibayangi kisah-kisah perhubungan yang dulu. Agaknya kenapa ek?? Persoalan itu adakalanya menghantui aku...

Adakah kerana lelaki hanya berpura-pura dalam perhubungan? Adakah lelaki hanya ingin berseronok dan lalu bertindak mempermainkan perasaan perempuan?
Aku xtahu jawapannya ape sebab aku bukan lelaki.. :) so aku tak ada jawapan tu..

Tapi...aku percaya bukan semua lelaki begitu..meskipun dunia bertambah maju..aku pasti masih ada lelaki yang benar-benar ikhlas dalam perhubungan.

Okay..gurls..kepada gurls yang masih muda dan mentah dalam perhubungan..terutamanya adik-adik yang masih bertatih dalam alam perhubungan ni..nek nasihatkan agar adik-adik janganlah terlalu menaruh harapan yang amat tinggi dan terlalu tinggi terhadap sesebuah perhubungan. Andai terjadinya perpisahan yang tidak pernah di ingini pasti adik-adik yang terasa sakitnya.


Lelaki amat payah untuk ditafsirkan. Dan amat payah untuk difahami.. kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah mengenalinya...rupa-rupanya masih banyak yang kita tidak tahu tentang dirinya dan tidak mengenalinya lagi sebagai mana dirinya..






No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com