Thursday, June 9, 2011

Pelangi selepas Hujan..

Mengapa mesti ada pelangi selepas hujan?Mengapa ada kegembiraan selepas kesedihan?

Selalunya...apabila kita sedang bersedih..teman-teman pasti akan menasihati kita dengan mengatakan “Akan ada pelangi selepas hujan.”

Ini lah yang dinamakan kehidupan. Selepas hujan,pelangi akan muncul mewarnai langit yang kelam..selepas kesedihan akan datang kegembiraan menyinari hari-hari..

Dalam perkahwinan sudah menjadi suatu kewajiban berlakunya pertelingkahan dan perselisihan pendapat antara suami isteri. Tidakkah kita sedar bahawa kecacatan ini yang mencorakkan suatu perhubungan. Namun.ia tidak bermakna kita mesti gaduh je..semata-mata nak bagi perhubungan itu nampak menarik. Nanti jika ditanya kenapa selalu gaduh..dijawabnya ‘saja nak bagi rasa best.’

Uhhhh...cam tak masal je jawapan tuh. Tak semesti nya dengan gaduh je dapat mencorakkan hubungan agar tak bosan..banyak lagi perkara lain yang boleh buat perhubungan itu kelihatan serasi.

Dalam perhubungan, lelaki dan perempuan kenalah tahu bertolak ansur..kerjasama..apa yang penting...kerjasama kan...haa....dua-dua nak kena control perhubungan..jangan bagi salah satu pihak je yang control hubungan tu..nanti nampak macam boring je..

Bagi gurl yang kat luar sana..jangan ingat bila korang ikot je apa kate boy korang..dorang akan suka..ada juga setengah boy yang nak tengok tahap memberontak korang..kalau korang tak suka dengan apa yang boy korang suh buat..korang cakap je...jangan nak ikot je...korang kena ada rasa memberontak tu...tapi jangan la nak melebey... ~_~

And gurl...yang baru je memupuk benih-benih cinta ni...jangan ingat cinta korang akan kekal..perjalanan kita masih jauh..u never know what would happen next day..tapi..ada setengah perhubungan cinta di zaman muda membawa ke jinjang pelamin..macam cikgu aku...dia dengan wife dia dari form 4 lagi couple...and until now..happy couple..dah jadi jodoh dorang..cinta zaman dulu dan sekarang banyak perbezaannya..dulu nak contact sesame sendiri pon susah...hanya guna surat je...sekarang..masing-masing dah ada handphone..kalau rindu..boleh mesej...call..ym..fb..macam-macam ada..

To gurl...u’oll kena la ingat..jangan terlalu mengharap dalam perhubungan yang korang sendiri tak pasti dimana hujungnya. Kalau percintaan u’oll dengan boy masing-masing sampai ke pelamin..ALHAMDULILLAH...kalau sampai tengah jalan je?agak sakit pada yang mengharap...kan?bak kata penasihat aku...’sayang tu boleh..tapi jangan lebih.sebab ko sendiri takpasti dengan hubungan ni.bila ko dah yakin dengan hubungan ko dan dia akan jadi peneman hidup ko..baru lah ko boleh saying dia dengan selayaknya..’..haa..lebih kurang macam ni la dia cakap..nii dari mulut kaum Adam taw...

So....kesimpulannya...aku saja wat post ni nak share apa yang aku tahu dari boy aku..^_^

Sunday, June 5, 2011

Bagai retak menanti belah..


Bagai retak menanti belah..itulah tajuk untuk hari ini.
Ia bukan sahaja berlaku dalam perkahwinan..malah lebih kurang popular dalam percintaan pasangan muda-mudi.

Istilah 'Orang ketiga' sentiasa menjadi punca keretakan sesuatu hubungan itu.Benarkah?
Jika mengikut secara logik,.memanglah.Tapi..semua ini bergantung pada pasangan masing-masing.Ia terpulang pada individu bagaimana mahu mengelakkan wujudnya istilah orang ketiga ini dalam perhubungan.

Adakah pergaduhan yang sering berlaku antara pasangan menjadi punca pasangan tersebut mulai bosan dan mencari alasan untuk mencari yang lain?
Jawapannya mungkin ya..dan mungkin juga tidak..

Kalau cinta dan sayang...untuk apa mencari yang lain..meskipun pasangan ada banyak kekurangan or..lebih sesuai..not up to your expectations..no one in this world were perfect unless our Prophet,Rasullullah S.A.W..

Either boys or gurls..both need to have trust each other.Speaking about trust..it is more easier said than do..mostly..perasaan cemburu lebih menghantui gurls daripada boys...it is true right?
but...remember gurls..boys cannot handle heavy jealous...it is annoying to them..yeaahhh..whatever..~_~
Tapi boys...bila dah kantoi..adakah cemburu gurls still tak bertempat..??And gurls..you should know better..when boys doing something behind you..there must be something wrong with your relationship..

Gurls...jangan jadi lemah.You have to be strong...yes..exactly...









Sunday, May 15, 2011

Aku inginkan nya....

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

buat my ma....

Setiap saat ku lalui hidupku bersamamu ibunda,
Ku rasakan ketenangan dan kenyamanan,
Menyusahkan dirimu menjadi kebiasaan,
Namun kau tetap tersenyum riang.

Saat ku masih kecil,
Ku ganggu tidurmu dengan tangisan nakal ku,
Ku sibukkan harimu dengan merawatku,
Namun kau tak pernah mengeluh.

Dan disaat ku beranjak remaja,
Di saat ku sedang mencari jati diriku,
Kau selalu hadir dengan ketegasanmu,
Yang kau balut kasih sayang dan cinta kepadaku.

Namun saat ku beranjak dewasa,
Aku mengecewakanmu,
Ku musnahkan impianmu,
Namun kau tetap tersenyum padaku.

Padahal ku tahu hatimu menangis,
Kau begitu hebat bunda,
Kau biarkan hatimu menangis,
Hanya kerana kau tak mahu melihat diriku bersedih.

Melihat diriku terpukul dengan kegagalanku mewujudkan impianmu,
Dari kecil hingga dewasa tak pernah sekalipun permintaanku kau abaikan,
Dan keinginanku selalu kau kabulkan,
Namun satu impianmu tak bisa kuwujudkan,
Maafkan aku bunda.

Ya ALLAH...
Panjangkanlah umur bundaku,
Kerana ku masih membutuhkannya,
Ku ingin mewujudkan impiannya,
Walau diriku pernah mengecewakannya.

Ya ALLAH...
Hambamu memohon kepadamu,
Jikalau engkau memanggil bundaku tercinta,
Ku mohon padamu Ya Rabbi,
LindungiLah bunda dari api siksamu,
Seperti dia melindungiku selama ini.

Dia membesarkanku dengan izinmu,
Dan disaat kau panggil bundaku,
Kumohon izinmu Ya Rabbi,
Untuk bundaku memasuki syurgamu.

Santapan untuk hari ini...

Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa.
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?

Seringkali,
kita meratapi sebuah kedukaan,
seakan-akan kita tidak pernah mengecap bahagia.
tapi benarkah hidup kita hanya ada derita?

Yang pergi, biarkan pergi.
Yang hilang, pastikan berganti.
Jangan berlebihan menangisi.
Usah terlalu meratapi.

Lihat pada dirimu,
pandang pada sekelilingmu,
masih ada banyak sebab untukmu tersenyum,
sedangkan mungkin hanya ada satu alasan untukmu menangis.

Lalu pilihlah untuk tersenyum pada hari ini.
Kerana semalam tidak dapat kembali lagi.
Namun hari ini ada harapan masih menyinari.

Air kosong penawar pelbagai penyakit...


Sekarang sudah tidak ramai yang mengamalkan minum air masak atau air kosong or nama mahalnya sky water..hmmm....tidak dinafikan sekarang orang ramai lebih suka meminum air yang berperisa dan yang pastinya sejuk.Jika ditanya,ada yang menjawab bahawa cuaca sekarang terlalu panas dan mereka memerlukan air sejuk atau ais untuk mengurangkan rasa panas tersebut.Ya..benar.Bagi peminat air yang berperisa dan manis..pernahkan anda terfikir akibat dari amalan anda tersebut?Penyakit apakah yang bakal menyerang tubuh anda?Mungkin anda pernah terlintas mengenainya dan menyedarinya namun ianya sudah menjadi habit..atau amalan anda..dan ia agak sukar untuk mnegubahnya.Pasti anda tidak merasa lengkap hari anda jika tidak mengambilnya atau meminumnya.
Sesungguhnya,ia masih belum terlambat bagi anda yang ingin mengubahnya.Genggam bara biar menjadi arang..anda mampu lakukannya..sedikit demi sedikit...

Dalam ruangan ini saya sertakan satu artikel yang mengenai manfaat minum air kosong yang saya baca dari laman web iluvislam.com..selamat membaca dan selamat mengubahnya...ini untuk anda dan juga saya.. :)

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Tip untuk mengurangkan jerawat dan menghilangkan jerawat...

Bagi menghilangkan rasa bosan ku..aku melayari laman web iluvislam.com..aku terjumpa satu artikel yang menarik minat ku..iaitu...Tips untuk menghilangkan jerawat dan mengelak dari jerawat..so bagi teman-teman yang dalam dilemma jerawat macam aku nih...jom baca k.. :P

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

1. Ambil wudu' sebelum tidur.

2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.

3. Elakkan diri daripada tekanan.

4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.

5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).

6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.

7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.

8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.

9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.

13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.


Monday, April 25, 2011

sepetang bersama ku....


weee.....sudah dua minggu aku berada dirumah..tenangnya.tanpa gangguan...uh..gangguan??
tingtong...
mmg la happy cuti...balik rumah..tapi...menanggung rindu kepadanya..hmm..
"Takpelah..rindu tu mengeratkan lagi hubungan."inilah kata-kata yang dipetik dari Tuan MuDA zAIm..
ye lah...

bila fikir balik...aku tak ready pon lagi nak balik.Kembali menempuhi hari-hari yang mempunyai banyaknya liku2 kehidupan..yang tak pernah kita sempat memikirkannya.

Apa pilihan yang aku ada?emm...
apa yang akan berlaku menjelang sem 3 ni?tunggang terbalik ke ku?tergolek terguling ke aku??tak tahu lah..

eleven days to go....ooiiii..!!ye ke?cepatnya..malas nya nak balik mengadap buku..assignment..kuiz...ish2...bile nak kawin??
hah???!!!aku ke yang taip ni??hihihih...

apa yang aku nak buat nih??boring nya..dah dua citer aku tengok...ma tak balik2 lagi..tak habis lagi ke fardu ain baby dengan kakak tuh??*my lovely sisters*

Aku plan untuk sem 3 ni nak keje..eh2...keje??boleh ke aku keje?
something new...* i like *...
menurut kata hati aku..'boley ke aku keje?mampu ke aku nak handle sume tuh?'
manakala...menurut kata ma...emm....tak tahu lagi..aku tak cakap lagi.. :P

Apa aku nak buat petang2 nih?petang semalam aku dah bersihkan halaman rumah..bakar sampah..petang nih?apa yang aku nak bakar??
*wondering*

hari ni...hari ape??AHAD...*terkejut..* ye ke??
oittt..mimpi apa petang2 nih...arini isnin la..* tersengih *
ooo...hah??isnin??
esok?
selasa...
:(

urmmm....menci2..!!!

ok lah...sudah puas aku melayan Hollywood...layan Bollywood la pulak...!!
wahhh...



Thursday, April 14, 2011

bertemu kembali...


wah...sudah lama tidak menjengah ke ruangan ini..memandangkan aku akan bercuti yang tak la lame mana..so..i take this opportunity untuk menjengah sebentar..

Lately,so many things happened and obviously changed my life..
  1. Before exam...so busy with group project.
  2. During exam week..so busy study..
The most important..someone come into my life..and change my life..See what are the differences before and after he come...

kehidupanku sebelumnya....
  • masa ku banyak dihabiskan dalam bilik dan roomate ku..
  • mempunyai ramai kenalan lelaki mungkin..hmmm??
  • friend list di facebook 700 something..
  • how about study??huh...mesti lah agak lembap.. :P
kehidupanku selepasnya.......
  • masa ku lebih banyak di kampus..bersama dengannya..
  • memutuskan semua connection dengan kawan2 lelaki..
  • friend list sekarang 200 something..
  • study??almost every time study with him..
  • makan minum ku dengannya..
  • petang2 jogging..dulu bukannya tak jogging..tapi malas..sekarang..hmm..kalau tak turun..silap la...
Apabila terlalu spend time dengannya..semestinya terkurang masa untuk teman..everything have cost and benefit right??
this semester teach me about something new..suka duka..

Thursday, March 3, 2011

Benar-benar berlaku..




FOOT PATCH???
sering kali aku terdengar dan terlihat..hmm...foot patch. .dah lama admire kat foot patch ni..tapi was2 campur ragu2 jerk nak pakai..

lebih kurang 2-3 kali jugak la aku p usha si foot patch nih..nak tahu keberkesanan nya..
akhirnya..aku pun bertekad lah..sebulat hati nih...beli foot patch.For the first time,aku just beli sepasang jerk..nak cuba-cuba..

Pada malamnya...excited kot nak pakai benda alah ni...hihih...tak sabar nak bangun pagi nak tengok result..akhirnya..pagi pun menjelma...kul 6 pagi dah bangun...
waaah........




ini lah hasilnya...
sungguh kagum dan excited..
benar2 berlaku...ceria sungguh aku pada hari kejadian..hihi...disebabkan uji kaji terbukti berjaya..roomate aku pon join gak pakai...hihi...
bahan uji kaji ke aku ni??
uhh...biar la..yang penting tanda tanya aku dah jadi noktah..wee..

time nak promote lak..kepada sapa2 yang berminat dan pernah ada tanda tanya pasal foot patch ni...jangan ragu2..beli jerk..berkunjung lah ke booth dekat cafe HS IIUM Gombak...

*haa..akak..saya dah tolong promote nih...komisen 10% ye..jgn lupe..hihih...




 

Template by BloggerCandy.com