Saturday, January 29, 2011


Tiba-tiba aku berfikir sejenak...sudah banyak aku membaca artikel yang berunsur motivasi demi merawat hati dan jiwaku.Namun, perasaan yang hadir selepas menyedari perkara itu hadir hanya seketika..Aku mencuba untuk menjaga hati dan jiwaku..

Benarkah aku sudah mencuba??

Sebanyak manakah cubaan ku itu??

Sekukuh manakah dinding yang aku cuba bina??

Ahh....aku buntu..Aku sebenarnya tidak mencuba...malah aku memilih untuk menjadi lemah..Aku hanya menyerah kalah dantidak menjaga hati dan jiwaku ini..

Benarkah hati dan jiwa penting??

Hati yang suci memang sukar untuk dicari..

Aku ingin sekali berjuang demi menjaga hatiku..Aku ingin merasa ketenangan dan kelapangan hati yang sebenarnya..Namun..dunia sekarang telah banyak berubah..

Merubah kearah kemodenan..Terlalu banyak pengaruh yang kadang-kadang tidak mampu ku halanginya daripada terus menguasaiku..

Apabila aku cuba untuk merubah diri ini...makin banyak pula cubaan yang datang...yang datang menghimpit aku sehingga aku menyerah kalah dengan bisikan-bisikan yang menyuruh aku melanggar larangan ALLAH..

Kekadang...dosaku yang kelmarin datang bermain di fikiran.Aku khuatir...Aku risau..Aku menjadi takut..Apakah yang cuba ALLAH nyatakan kepadaku??Aku menjadi takut..Aku ingin melupakan segalanya..

Pabila ku pejamkan mata ini..ia datang bagaikan rakaman video yang diulang tayang...Aku merintih dalam hati..memohon agar ALLAH menghentikan semuanya..

Berulang kali ku beristighfar..Memohon agar di ampunkan segala dosaku yang bagai tidak terkira..bagai pepasir di pantai yang banyaknya..

Adakah itu permainan syaitan yang cuba menipiskan keyakinanku terhadap ALLAH???

Tidak..aku tidak akan sesekali terpedaya dengan permainan syaitan..musuh ku..

Aku tahu...semakin aku cuba mendekati ALLAH..pasti semakin banyak cubaan yang harusku tempuhi dan hadapi...Aku akan berusaha untuk melawannya...

Meskipun aku tidak mampu untuk berada di medan perperangan...namun..aku akan cuba untuk berperang dengan diriku sendiri demi merawat hati dan jiwaku yang terlalu banyak titik hitam...

Insya'ALLAH....moga ALLAH membantu aku dalam peperangan ku ini...


No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com