Saturday, December 31, 2011

~ Welcome 2012...~

yeayy..new year..happy new year... pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu...
hurrmmm...
11.59 malam ni menandakan berakhirnya 2011..dan selamat datang 2012..


Sepanjang tahun 2011 ni...dah bermacam-macam dugaan dan cabaran yang aku lalui.. dan pelbagai perasaan yang aku rasai...sedih, gembira, bahagia, jatuh.. tapi tak bermakna segala yang aku lalui ini menyebabkan aku lemah semangat untuk berhadapan dengan tahun 2012.

Hope this new year, aku akan menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang aku tidak ketahui. Dan untuk tahun baru ini, aku akan lebih rajin dan bersemangat untuk belajar dan takkan
cepat putus asa.


And..semoga perhubungan aku dengannya akan lebih erat dan takkan rapuh. This new year aku harap aku dapat ubah sikap aku yang buruk dan gantikannya dengan yang baru. Menjadi seorang yang lebih cool dan low profile.


To my dear, hubungan kita hampir genap setahun. Kita dah ketawa sama-sama... menangis...dan bergaduh..tapi kita tetap juga satu. Selama 10 bulan ni...tak dinafikan perangai bby yang selalu buat b kusut sedikit sebanyak membuatkan hubungan kita bergoncang..kita bertengkar..bergaduh..salah faham..
Tapi..bukan niat bby..day by day..bby try untuk berubah. Tidak terlalu mengikut emosi ini...

Untuk tahun baru ini, bby harap hubungan kita akan lebih erat. Sama-sama kita ambil yang jernih dan tinggalkan yang keruh dalam 2011. Semoga kita terus bersama menghadapi dugaan pada tahun yang akan datang ni. :)

~ curiosity ~


Curiosity.. ataupun perasaan ingin tahu...setiap dari kita masing-masing mempunyai tahap perasaan ingin tahu . Mungkin ada yang tahap ingin tahunya rendah..dan mungkin ada tahap ingin tahunya tinggi. Ia nya bergantung pada individu.

Tidak dinafikan bahawa sikap ingin tahu ini mempunyai banyak kebaikan, namun sikap ini juga mempunyai keburukannya. Ini lah kehidupan, tiap satu punyai pro dan kontranya. Bukan semuanya sempurna melainkan Yang Maha Pencipta .

Mungkin sesetengah pihak berpendapat sikap ingin tahu seharusnya ada dalam diri setiap manusia. Ini kerana, sikap ini mampu mendorong manusia untuk mengkaji, dan belajar tentang apa yang individu ingin tahu. Sebagai contohnya, sikap ini amatlah memberi 100% kebaikan kepada pelajar. Sebabnya? Tentulah kerana sikap ini akan mendorong pelajar untuk terus belajar dan mencari ilmu bagi menjawab segala tanda tanya.

Walaubagaimanapun, sikap ingin tahu ini juga punyai keburukannya. Pabila perasaan ingin tahu terlalu tinggi.. manusia normal tidak dapat lagi mengawalnya. Nah, ini yang membawa kepada perkara yang tidak elok sebagai contoh

Friday, December 23, 2011

~ Kisah Siakap dan Senohong..~


Dalam sebuah kampung, terdapat sebuah rumah usang yang di diami oleh satu keluarga yang hidup serba kekurangan. Terdapat 4 penghuni di dalam rumah usang tersebut, iaitu Pak Tam, Mak Tam dan dua orang anak lelakinya, Senohong dan Siakap. Walaupun hidup dalam serba kekurangan namun, mereka menikmati indahnya kehidupan dengan bahagia sekali.

Pada suatu petang, sekembalinya Mak Tam dari sawah padi, dia melihat kedua anaknya sedang bermain berkejaran di bawah pokok. Seulas senyuman mekar di bibir Mak Tam melihat telatah anak lelakinya. Mak Tam duduk di pangkin bawah pohon senduduk sambil matanya memerhati tingkah anak-anak nya.
" Ibu..." jerit Senohong yang mulai sedar akan kehadiran ibunya. Lantas dia berlari mendapatkan ibunya. Siakap juga turut meluru ke arah Mak Tam. Gelak ketawa mengiringi larian mereka. Mak Tam tersenyum senang hati.
" Ish..anak-anak ibu ni dah makan ke?" soal Mak Tam sebaik sahaja kedua anaknya sudah berada dalam pelukannya.
Siakap dan Senohong menggeleng serentak. Mak Tam mengerutkan dahi. Timbul rasa kasihan memikirkan anaknya yang masih belum makan sedangkan sudah lewat petang.
" Siakap..kenapa tak makan? kan ibu sudah pesan, makanan ada di bawah tudung saji." Mak Tam memandang Siakap, anak sulungnya yang berumur lapan tahun.
" Kami tunggu ibu dan ayah balik." jawab Siakap perlahan. Mak Tam memandang lembut ke arah anaknya. Rasa bersyukur di kurniakan anak yang begitu prihatin. Mak Tam mengusap kepala Siakap dan Senohong.
" Mari masuk. Mandi dan makan." ajak Mak Tam. Siakap dan Senohong menjerit kegembiraan. Mereka berlari masuk ke rumah. Mak Tam ketawa halus. Tiba-tiba dia teringat akan suaminya yang masih belum pulang. Matanya memandang ke arah sawah yang luas terbentang.

Sewaktu Mak Tam sibuk melayan anak-anaknya menjamu selera, kedengaran suara memberi salam dari pintu rumah. Mak Tam tahu itu pasti suaminya lantas kakinya melangkah laju untuk menyambut kepulangan suami tersayang. Pak Tam mengukirkan senyuman sebaik sahaja melihat seraut wajah yang setia bersamanya waktu susah dan senang.
" Abang..lewat abang balik hari ni." Mak Tam menyalami tangan suaminya.
" Hari ini abang habiskan petak yang hujung. itu yang lambat sikit." Pak Tam duduk di tangga rumah bagi melepaskan rasa penatnya. Mak Tam berlalu ke dapur dan membawakan segelas air buat suaminya.
" Terima kasih Tam." air yang dibawa oleh Mak Tam diteguk rakus. Dahaga sungguh. Mana tidaknya sejak matahari tegak di kepala lagi dia sudah membanting tulang di sawah. Menanam padi dan kerja-kerja kampung merupakan sumber pencarian rezeki mereka sekeluarga. Meskipun dia melarang Mak Tam untuk bekerja namun isterinya itu berdegil hendak turut membantunya. Katanya, biarlah susah senang bersama. Akhirnya, Pak Tam membenarkan saja Mak Tam bekerja.
"Anak-anak mana Tam?" soal Pak Tam apabila tidak kedengaran suara Siakap dan Senohong.
" Mereka di dapur bang. Makan."jawab Mak Tam.
Pak Tam mengerutkan dahi. " Kenapa baru makan Tam?"
" Anak-anak tunggu kita makan sekali."
Pak Tam menghela nafas panjang.
" Mari makan bang.."
Pak Tam mengangguk. Di dapur kelihatan Siakap dan Senohong begitu berselera makan biarpun hanya telur goreng dan ikan keli menjadi santapan.
" Ayah...." dengan mulut yang penuh, Senohong memanggil ayahnya sebaik ternampak kelibat Pak Tam. Senohong memang seorang anak yang manja. Pak Tam duduk bersila disebelah Senohong dan Siakap. Mak Tam menyendukkan nasi untuk Pak Tam. Pak Tam dan Mak Tam menjamu selera diselangi dengan celoteh anak lelaki.

Wednesday, December 21, 2011

~ Perjalanan ku Di bumi IIUM ~




Perlu ke aku beritahu satu dunia yang aku sedang belajar? perlu ke aku beritahu satu dunia betapa susahnya belajar? Perlu ke aku beritahu satu dunia betapa aku sedang berusaha untuk belajar?
Perlu ke aku beritahu satu dunia yang diri ku ini lembap dan bodoh? Kalau rasa perlu...ya..sekarang aku sedang beritahu satu dunia how my life here. Di bumi yang asing ini..di bumi yang kebanyakannya orang-orang yang memang terpilih dan layak untuk berada di sini. Umpama jauh panggang dari api. Bagai langit dan bumi bagi ku untuk berada di sini.

Namun,dengan semangat yang ada..aku gagahi juga.menempuhi segala cabaran dan dugaan dalam dunia yang telah ditakdirkan ini. Pada hari pertama aku berada di sini lagi aku merasakan betapa kerdilnya diri ini. Tetapi, aku pusingkan kepala ku agar tidak merasa down. Aku melangkah jua..

Aku pernah jatuh sewaktu berada di CELPAD. Tempat menguji kebolehan diri dan kelebihan yang ada pada diri. Di tempat itu, semangat ku untuk berada dalam dunia ini sama sekali di paras -0. Aku belajar dan belajar . Tetap menampakkan batang hidungku di bilik Sir Salim demi menuntut ilmu. Meskipun ada juga essay yang aku buat mendapat markah rendah darinya dan mendapat teguran..aku xputus asa..aku cuba lagi..atas nasihat teman yang sudah ku anggap kakak, aku berusaha lagi. Aku jatuh dan bangun lagi. Dan Alhamdulillah aku lulus dan terlepas dari tempat CELPAD setelah mendapat band 6 untuk English.

Dugaan buatku tidak habis di situ sahaja. Rupanya setelah memasuki Kulliyyah barulah aku tahu kehidupan di kuliyyah lagi susah dari CELPAD. Tambahan aku yang sentiasa lonely ranger tiada teman sekuliah lagi susah. Segala-galanya aku buat keputusan sendiri dan kadang-kadang berdasarkan nasihat kakak ku itu. Untuk sem pertama aku di kuliyyah aku pilih 4 subjek iaitu Elements of programming, database system, discrete mathematics dan management. Semuanya subjek yang mencabar buat ku. Mana tidak nya, aku tidak pernah tahu semua itu sehinggalah aku memasuki alam kuliyyah. Sepayah mana pun aku mencuba untuk faham. Sepanjang sem tersebut aku mulai mengenali Naiman, Zahora, Umi Diyana, Ajirah, Mai dan ramai lagi. Mereka mula menjadi teman sekuliyyah ku.

Walaupun susah dan sukar untuk aku faham namun aku cuba juga belajar. Tipulah andai aku kata aku tak pernah berputus asa. Tapi..di saat aku mulai hilang semangat, aku berbisik pada diri.Semua ini demi masa depan ku dan buat ma dan juga arwah ayah. Aku harus belajar. Oleh itu, di akhir sem aku mulai study lebih biarpun masih ada sikap malas. Di akhir sem, aku mulai kenal seorang lelaki yang kini sentiasa memberi semangat untuk aku belajar. Mohamed Zaim bin Zainal. Setelah dia aku kenali..aku mulai nampak apa yang aku belajar. Dia banyak membantu aku dalam pelajaran. Fahamkan apa yang aku tidak faham. Beri aku semangat bila aku mulai putus asa.

Dari situ aku mulai belajar dan belajar. Biarpun pelbagai dugaan yang datang,pelbagai masalah yang meminta penyelesaian. Aku hadapi semua itu bersamanya. Kini..subjek aku untuk sem 3 aku kuliyyah lagi mencabar. Aku perlu amibil subjek Calculus, Object Oriented Programming dan System Analysis and Design. Sem ini lagi mencabar buat ku. Tetapi aku cuba juga. Kata-kata darinya menjadi semangat uuntuk belajar. Pernah aku menangis sewaktu belajar Calculus bersamanya. Namun aku tak putus asa. Teruk aku dimarah namun ia bukan alasan buatku untuk tidak belajar lagi. Aku akan cuba belajar.

Katanya, aku perlu belajar walaupun aku belajar bukan sebab dia tapi sekurang-kurangnya belajar lah untuk ma..dan arwah ayah. untuk family. Ya..aku tahu.

Dan sekarang, hidup ku lebih banyak di luangkan di kampus berbanding di bilik ku. Aku cuba fahami dan belajar walaupun aku agak lambat untuk faham. Tetapi aku tetap cuba.


suasana dalam kelas CELPAD...


caption: aku dan kakak ku...



p/s: nasihat ku..jangan cepat putus asa. nasihat ini untuk aku juga.



~ motivate yourself..~


Today, hati ku tergerak untuk update blog tentang motivate yourself. Just now, aku baru habis Calculus class. Yeah...killer subject for me.. hohoho... unofficially, today not the last class but some of my classmate already has final examination tomorrow. So, my Calculus lecturer Prof. Abu motivate us.

He said...dalam dunia ni semua orang berbeza. Sebagai contoh perhatikan jari kita. Even jari kita pun tak sama ketinggiannya. Ada yang tinggi..ada yang short..ada yang sedang-sedang sahaja. Tapi itu tak bermakna kita perlu merasa takut dengan diri kita.

Dont be afraid what you are..just try yourself and dont deceive yourself..

Advice from Prof Abu buat aku berfikir sejenak. Betul juga apa yang Prof Abu cakap. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan setiap kekurangan dan kelebihan yang dikurniakan oleh ALLAH itu ada sebabnya. Jangan jadikan kekurangan sebagai sesuatu yang menghalang kita untuk mendapatkan apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Dan jangan biarkan kelebihan yang dikurniakan sebagai racun dalam hidup untuk menjadi seorang yang sombong dan bongkak pada orang yang tidak punyai kelebihan itu.

Kita harus percaya pada diri kita sendiri. Kekurangan itu tidak bermakna kita tidak boleh mengubahnya. Usaha tangga kejayaan..boleh jugak kalau nak guna lif,,hohoho *__*

Sebab itu lah ada orang perkatakan..tak senang nak senang dan tak susah untuk susah..well..untuk mencapai kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah. Perlu ada semangat yang cekal dan usaha yang teguh. Kalau macam aku ni...entah lah ada future atau tak..But how hard it is i will try to do all my best. For my parent..for my family and for myself..

*__*

~ A special World ~


A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

- Sheelagh Lennon –

Monday, December 19, 2011

~ Biar Hati Mencintai ~

Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…

Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…

Korus

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…

Ku.. yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…

Korus

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

hooo..

iyeahh..

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…

Selamanya…
Selamanya…
Selamanya...

~ be someone..~


Give me your heart so that i can love you without worries..
Stand by me so that ever minute i will always remember you..
Show me your concern so i will know that you truly love me..
Give me a smile when we were together so that i will feel so calm..
Give me a strength when i fall so that i can walk again..
Teach me what i do not know so that i can use it in the future..
Advice me when i wrong so that i can correct it..
Share everything with me so that i know you need me as your listener..
Show me your love so that i know you are truly love me..

Apabila terciptanya satu perhubungan antara dua jiwa..kesempurnaan bukanlah matlamat sebenar. Cinta bukan untuk mencari pasangan yang sempurna buat diri sendiri. Tetapi, cinta adalah mencari pasangan yang dapat menyempurnakan hidup. Dalam dunia ini, tiada siapa yang sempurna. Allah menjadikan manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan bagi aku..kelebihan dan kekurangan yang diberikan kepada manusia pastinya ada sebab tertentu. Misalannya..kelebihanku dapat menyempurnakan kekurangan si dia dan kekuranganku disempurnakan oleh kelebihan si dia..
Dan ini lah yang dinamakan saling melengkapi. Penyatuan dua jiwa adalah dengan saling melengkapi antara satu sama lain. Bukannya kau dan dunia kau..aku dan duniaku..

Bukan ku mengharapkan sesuatu yang indah menjadi milik ku..namun cukuplah dapat melengkapi hidupku.. menerima diri ini dengan seadanya dan membantu ku untuk melakukan perubahan terhadap kekurangan yang ada.

i wanna be someone to you..someone you can lay your love without doubt..someone who you trust to share your secret..someone who can help you when you are in trouble..someone who can take care of you when you are sick..someone who really make your life happy and someone who make your life meaningful....

p/s: this is dedicated to the only one..who always with me..

Sunday, December 18, 2011

~ hadiah untuk yang tersayang.. ~


1. Hadiah Mendengar

Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan, dan jangan merancang bagaimana hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih

Jangan kedekut berikan senyuman manis kepada orang yang disayangi. Wajah ceria dan senyuman ini menggambarkan kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota

Ia mungkin ringkas dan biasa seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti puisi.. Namun sehelai nota ini mampu menyentuh hati yang menerimanya. Ini menunjukkan penghargaan mu kepada orang yang disayangi. Letakkan nota-nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah ketawa

Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar-gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-pujian

Pujian yang diberikan menunjukkan betapa anda mengambil berat akan pasangan anda. Setiap pujian mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mendapat pujian.


p/s : Mungkin sahaja hadiah ini terlalu bersahaja, namun ianya mempunyai nilai yang tinggi .

Friday, December 16, 2011

~ sanggupkah kau bersabar wahai sayang..~

Sanggupkah kau bersabar sayang
Untuk bersama diriku
Dalam menempuh dugaan
Yang serba mencabar

Sanggupkah bersabar sayang
Susah senang bersamaku
Semoga kau tak menyesal
Berkawan denganku

Sedarkah engkau
Hidup aku serba kekurangan
Oh cuma yang ada
Kasih yang ikhlas untuk dirimu
Usahlah kau memaksa
Apa yang aku tak mampu lakukan
Jikalau engkau benar menyayangiku
Hendaklah engkau bersabar

Kau harus memahami
Jiwaku dan hidupku
Barulah kau akan mengerti
Tiada gunanya kita bertengkar
Hanyalah merenggangkan hubungan kita

Kita hanya mampu merancang masa depan
Tetapi Tuhan yang menetukan segalanya
Kiranya kau sudah tak mampu bersabar
Apalah dayaku
Tak mampu diriku menahanmu

Sanggupkah bersabar sayang
Menunggu diriku ini
Berikanlah aku ruang
Berteduh dihatimu
Untuk selamanya

~ Usah dilukai sekeping hati itu..~

Ingatlah wahai lelaki..jangan sesekali mengatakan bahawa si gadis itu tidak berguna. Tidakkah kamu tahu bahawa perkataan itu amat tajam dan berbisa buat kaum hawa. Betapa perkataan itu mampu mngguris hati kaum hawa yang cukup lembut dan sensitif. Andai sekali kata-kata itu dilemparkan seumur hidup si dia akan mengingatinya. Lemparan kata-kata tajam itu mampu menitiskan air mata si dia tiap kali dia mengingati akan kata-kata itu dan akhirnya akan tersemat dalam hatinya. Menganggap dirinya tidak berguna tambahan jika orang yang melemparkan kata-kata itu adalah orang yang dicintainya. Hati si gadis pasti cukup terluka dek kata-kata itu. Pabila hati sudah terluka ia pasti mengambil masa untuk sembuh. Meskipun sembuhnya luka itu, parutnya tetap ada. Secara tidak langsung, keyakinan si gadis pasti pudar kerana sentiasa menganggap dirinya tidak berguna dalam semua perkara. Fikirannya akan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia tidak mampu melakukan sesuatu perkara. Kenapa? Kerana dia tidak berguna. ‘Ya..aku tak berguna.’ Apabila fikiran sudah berfikir sebegitu maka hati akan mengiakan fikiran itu. Mungkin ada yang mengatakan perempuan terlalu mengikut emosi. Ya..tidak dinafikan bahawa perempuan adalah makhluk Allah yang sensitif dan terlalu mengikut perasaan. Namun, apa daya kaum hawa kerana itu adalah fitrah kejadian kaum hawa yang penuh dengan kelembutan.

Jagalah hati wanita, wahai lelaki. Sekasar manapun perwatakan si gadis namun dia tetap mempunyai sekeping hati yang cukup lembut dan sensitif. Hatinya tetap perlu dijaga agar tidak tercalar dan terluka. Mungkin tidak terlihat titisan air mata itu kerna diselindungi dengan ukiran senyuman. Namun si gadis pasti menangis jika dilemparkan dengan kata-kata kasar dan kesat. Sedarlah bahawa tiap titisan air mata wanita amat berharga. Jangan biarkan permata putih itu jatuh ke bumi hanya kerana terluka dek kata-kata mu wahai lelaki.

Wahai lelaki, cubalah untuk bersabar dengan tiap kerenah kaum hawa yang mungkin mengundang resah di hati. Ini kerana wahai lelaki..kalian dianugerahkan darjat yang tinggi dalam masjid yang di dirikan oleh mu. Kerana keistimewaan kalian wahai lelaki, kalian dijadikan sebagai kemudi kapal. Gunakanlah akal fikiran kalian yang di anugerahkan oleh ALLAH tatkala kalian mengemudi bahtera masing-masing.


Saturday, December 3, 2011

- hadiah birthday hubby..-



Aura birthday hubby still terasa..today, aku belanja hubby tgk wayang..sebagai hadiah hari jadi..

lol!!

ada ke orang hadiahkan ticket wayang time birthday?? uhh..dont care..kalau takda orang buat..so..aku buat..hohohohho... xD


Kami layan citer Twilight: breaking dawn yang sedang hangat dijual tiket nya macam pisang goreng panas.. ye ke?? tapi aku rasa tak lah sehangat jualan tiket Ombak Rindu yang akan sold out until tomorrow.. that rumours what i heard.. hahahah..

Ikutkan plan, aku nak sangat tengok citer Ombak Rindu..sampai je kat TgV..sold out..and until tomorrow.. what????!!

Okay....fine!! takda rezeki aku nak laburkan duit untuk citer tempatan..ceewwwaaahh..hahaha...sorry Aaron..




Walaupun kecewa tiket Ombak Rindu sold out..tapi..Twilight punyer cter tak mengecewakan.Memang patut tengok cter tu..best..eventhough agak fantasi..hohoho...to Jacob, aku nasihatkan, let go la si Bella tu...dia hanya milik Edward,ok??

"I'm loving you and you loving him.."

The important is Edward is hensem..but not same like my hubby...sorry to say..hahhaa...my hubby still the one. * dont misinterpret ok hubby..* hahaha..

Soo...the conclusion is, today i'm still happy spending only little time with him. Hang out with
him..thanks to you hubby sanggup layan si sengal nih.. wink!! wink!!



Friday, December 2, 2011

- my hubby birthday..-




today's my hubby birthday...his born day..we celebrating it by playing games at Orange's..whats???must be weird right? but whatever it is..we spending time together..hubby playing his favourite games and i watching movies..as usual..

walaupun hubby happy sebab menang all the games..tapi aku still duk putar otak aku..thinking how to make my hubby birthday special..hurrmmm..

light bulb.... @_@

before that, aku ada make plan to celebrating his birthday tapi tak menjadi..huh!! hampa giler..
:((
eventhough tak menjadi..tapi aku sempat belikan dia one slice oreo cake.. :)
still rasa bersalah sebab aku rasa not special at all..i just wanna make him feel he is soooo special for me..unfortunately..aku tak dapat buat macam tu... so sorry hubby.. :((

But tonight, aku dibawa ke rumahnya untuk makan bersama keluarganya. Mama hubby masakkan chicken chop and cake for his birthday.. :)
His family really friendly and kind.. :) feeling sooo good..

Mama hubby sempat pesan kat kami..always remind each other to study..so that in the future we gonna be somebody.. yes..that's right.. :)

To my hubby..i want let u know..i really do love you..i dont know how to show how special u r to me.. but i still wanna u knowthat how i care about ur life..how i care about ur day..how i care about ur health..how i care about ur study life..
Both of us need each other..to fulfill our each days..

p/s: this is for u..

" Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA"
tetapi
menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna...



 

Template by BloggerCandy.com