Wednesday, December 21, 2011

~ Perjalanan ku Di bumi IIUM ~




Perlu ke aku beritahu satu dunia yang aku sedang belajar? perlu ke aku beritahu satu dunia betapa susahnya belajar? Perlu ke aku beritahu satu dunia betapa aku sedang berusaha untuk belajar?
Perlu ke aku beritahu satu dunia yang diri ku ini lembap dan bodoh? Kalau rasa perlu...ya..sekarang aku sedang beritahu satu dunia how my life here. Di bumi yang asing ini..di bumi yang kebanyakannya orang-orang yang memang terpilih dan layak untuk berada di sini. Umpama jauh panggang dari api. Bagai langit dan bumi bagi ku untuk berada di sini.

Namun,dengan semangat yang ada..aku gagahi juga.menempuhi segala cabaran dan dugaan dalam dunia yang telah ditakdirkan ini. Pada hari pertama aku berada di sini lagi aku merasakan betapa kerdilnya diri ini. Tetapi, aku pusingkan kepala ku agar tidak merasa down. Aku melangkah jua..

Aku pernah jatuh sewaktu berada di CELPAD. Tempat menguji kebolehan diri dan kelebihan yang ada pada diri. Di tempat itu, semangat ku untuk berada dalam dunia ini sama sekali di paras -0. Aku belajar dan belajar . Tetap menampakkan batang hidungku di bilik Sir Salim demi menuntut ilmu. Meskipun ada juga essay yang aku buat mendapat markah rendah darinya dan mendapat teguran..aku xputus asa..aku cuba lagi..atas nasihat teman yang sudah ku anggap kakak, aku berusaha lagi. Aku jatuh dan bangun lagi. Dan Alhamdulillah aku lulus dan terlepas dari tempat CELPAD setelah mendapat band 6 untuk English.

Dugaan buatku tidak habis di situ sahaja. Rupanya setelah memasuki Kulliyyah barulah aku tahu kehidupan di kuliyyah lagi susah dari CELPAD. Tambahan aku yang sentiasa lonely ranger tiada teman sekuliah lagi susah. Segala-galanya aku buat keputusan sendiri dan kadang-kadang berdasarkan nasihat kakak ku itu. Untuk sem pertama aku di kuliyyah aku pilih 4 subjek iaitu Elements of programming, database system, discrete mathematics dan management. Semuanya subjek yang mencabar buat ku. Mana tidak nya, aku tidak pernah tahu semua itu sehinggalah aku memasuki alam kuliyyah. Sepayah mana pun aku mencuba untuk faham. Sepanjang sem tersebut aku mulai mengenali Naiman, Zahora, Umi Diyana, Ajirah, Mai dan ramai lagi. Mereka mula menjadi teman sekuliyyah ku.

Walaupun susah dan sukar untuk aku faham namun aku cuba juga belajar. Tipulah andai aku kata aku tak pernah berputus asa. Tapi..di saat aku mulai hilang semangat, aku berbisik pada diri.Semua ini demi masa depan ku dan buat ma dan juga arwah ayah. Aku harus belajar. Oleh itu, di akhir sem aku mulai study lebih biarpun masih ada sikap malas. Di akhir sem, aku mulai kenal seorang lelaki yang kini sentiasa memberi semangat untuk aku belajar. Mohamed Zaim bin Zainal. Setelah dia aku kenali..aku mulai nampak apa yang aku belajar. Dia banyak membantu aku dalam pelajaran. Fahamkan apa yang aku tidak faham. Beri aku semangat bila aku mulai putus asa.

Dari situ aku mulai belajar dan belajar. Biarpun pelbagai dugaan yang datang,pelbagai masalah yang meminta penyelesaian. Aku hadapi semua itu bersamanya. Kini..subjek aku untuk sem 3 aku kuliyyah lagi mencabar. Aku perlu amibil subjek Calculus, Object Oriented Programming dan System Analysis and Design. Sem ini lagi mencabar buat ku. Tetapi aku cuba juga. Kata-kata darinya menjadi semangat uuntuk belajar. Pernah aku menangis sewaktu belajar Calculus bersamanya. Namun aku tak putus asa. Teruk aku dimarah namun ia bukan alasan buatku untuk tidak belajar lagi. Aku akan cuba belajar.

Katanya, aku perlu belajar walaupun aku belajar bukan sebab dia tapi sekurang-kurangnya belajar lah untuk ma..dan arwah ayah. untuk family. Ya..aku tahu.

Dan sekarang, hidup ku lebih banyak di luangkan di kampus berbanding di bilik ku. Aku cuba fahami dan belajar walaupun aku agak lambat untuk faham. Tetapi aku tetap cuba.


suasana dalam kelas CELPAD...


caption: aku dan kakak ku...



p/s: nasihat ku..jangan cepat putus asa. nasihat ini untuk aku juga.



1 comment :

  1. eh.eh. ingat free ke nasihat?
    bayar sehengget, k?
    hahahaha :P

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com