Friday, December 16, 2011

~ Usah dilukai sekeping hati itu..~

Ingatlah wahai lelaki..jangan sesekali mengatakan bahawa si gadis itu tidak berguna. Tidakkah kamu tahu bahawa perkataan itu amat tajam dan berbisa buat kaum hawa. Betapa perkataan itu mampu mngguris hati kaum hawa yang cukup lembut dan sensitif. Andai sekali kata-kata itu dilemparkan seumur hidup si dia akan mengingatinya. Lemparan kata-kata tajam itu mampu menitiskan air mata si dia tiap kali dia mengingati akan kata-kata itu dan akhirnya akan tersemat dalam hatinya. Menganggap dirinya tidak berguna tambahan jika orang yang melemparkan kata-kata itu adalah orang yang dicintainya. Hati si gadis pasti cukup terluka dek kata-kata itu. Pabila hati sudah terluka ia pasti mengambil masa untuk sembuh. Meskipun sembuhnya luka itu, parutnya tetap ada. Secara tidak langsung, keyakinan si gadis pasti pudar kerana sentiasa menganggap dirinya tidak berguna dalam semua perkara. Fikirannya akan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia tidak mampu melakukan sesuatu perkara. Kenapa? Kerana dia tidak berguna. ‘Ya..aku tak berguna.’ Apabila fikiran sudah berfikir sebegitu maka hati akan mengiakan fikiran itu. Mungkin ada yang mengatakan perempuan terlalu mengikut emosi. Ya..tidak dinafikan bahawa perempuan adalah makhluk Allah yang sensitif dan terlalu mengikut perasaan. Namun, apa daya kaum hawa kerana itu adalah fitrah kejadian kaum hawa yang penuh dengan kelembutan.

Jagalah hati wanita, wahai lelaki. Sekasar manapun perwatakan si gadis namun dia tetap mempunyai sekeping hati yang cukup lembut dan sensitif. Hatinya tetap perlu dijaga agar tidak tercalar dan terluka. Mungkin tidak terlihat titisan air mata itu kerna diselindungi dengan ukiran senyuman. Namun si gadis pasti menangis jika dilemparkan dengan kata-kata kasar dan kesat. Sedarlah bahawa tiap titisan air mata wanita amat berharga. Jangan biarkan permata putih itu jatuh ke bumi hanya kerana terluka dek kata-kata mu wahai lelaki.

Wahai lelaki, cubalah untuk bersabar dengan tiap kerenah kaum hawa yang mungkin mengundang resah di hati. Ini kerana wahai lelaki..kalian dianugerahkan darjat yang tinggi dalam masjid yang di dirikan oleh mu. Kerana keistimewaan kalian wahai lelaki, kalian dijadikan sebagai kemudi kapal. Gunakanlah akal fikiran kalian yang di anugerahkan oleh ALLAH tatkala kalian mengemudi bahtera masing-masing.


1 comment :

  1. I wont hurt u again.. :) insyaallah..i love u so much norizan binti abdul rahman :)

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com