1. Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan, dan jangan merancang bagaimana hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih
Jangan kedekut berikan senyuman manis kepada orang yang disayangi. Wajah ceria dan senyuman ini menggambarkan kasih dan sayang yang ada dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas dan biasa seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti puisi.. Namun sehelai nota ini mampu menyentuh hati yang menerimanya. Ini menunjukkan penghargaan mu kepada orang yang disayangi. Letakkan nota-nota ini ditempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah ketawa
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar-gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-pujian
Pujian yang diberikan menunjukkan betapa anda mengambil berat akan pasangan anda. Setiap pujian mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mendapat pujian.
p/s : Mungkin sahaja hadiah ini terlalu bersahaja, namun ianya mempunyai nilai yang tinggi .
No comments :
Post a Comment