Sedang aku rehat2..tiba-tiba datang idea untuk buat dua kisah yang berlainan tapi..punyai satu matlamat..
Seawal pagi,kedengaran suara si ibu mengejutkan anaknya. Memandangkan hari ini hujung minggu,jadi si ibu mahu si anak membantunya melakukan kerja-kerja rumah.
"Situasi 1.."
"Man..tak bangun-bangun lagi?dah berbuih mulut aku cakap..lepas subuh tak elok tidur. Tapi macam aku bercakap dengan tunggul je.." si ibu berkata sambil berjalan masuk ke dapur. Si anak yang masih lagi dalam keadaan mengantuk menggaru-garu kepala. 'ish...pagi-pagi dah dengar.'rungutnya. "Apasalahnya kalau bangun pagi-pagi dan tolong buat kerja rumah. Potong rumput ke...sapu daun-daun kering ke..ini tidak..asyik tidur memanjang." masih kedengaran suara si ibu berkata-kata. Akhirnya, si anak bangun dari tempat pembaringannya dan duduk termenung di sisi katil. 'selalu je bising pagi.ada je yang tak kena.' si anak berbisik sendirian. Secara paksa rela..si anak membuka pintu dan keluar ke tandas. Si ibu hanya memandang anaknya. Demi tidak mahu mendengar suara bising ibunya..si anak keluar melakukan kerja-kerja rumah seperti yang si ibu mahukan.
"Situasi 2.."
"Im...bangun Im..tolong mak kemas rumah. Kat halaman rumah tu dah banyak daun-daun kering.." kedengaran suara si ibu di awal pagi itu. Setelah mendengar pintu biliknya di ketuk, si anak bangun dan membuka pintu. Matanya masih terpejam dan kepala di garu-garu. "Jom tolong ibu kemas.lagipun,lepas subuh tak elok kalau kita tidur.Tak masuk rezeki.." si ibu berkata lembut. "Mengantuklah ibu.."rungut si anak. Wajahnya dimasamkan kerana tidur yang diganggu. "Taknak tolong ibu..takpelah...biarlah ibu buat semua kerja tu sorang-sorang." si ibu berkata dan terus berlalu. Si anak termangu-mangu di depan biliknya. Hilang rasa mengantuknya. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya waktu itu. Dengan rasa bersalah dan rela...si anak keluar membantu si ibu melakukan kerja rumah. Si ibu tersenyum senang hati.
See.... two different situation...two different conversation between mother and her son.. Jadi..anak oh anak....aku pun seorang anak..Mesti ke kita tunggu ibu kita membuka mulutnya dan berleter demi menyuruh kita melakukan kerja-kerja rumah? Sebenarnya tidak perlu semua tu..kita boleh melakukan kerja-kerja rumah tanpa disuruh dan tanpa dileteri oleh ibu. Sebagai anak..kita dipertanggungjawabkan untuk membantu ibu dan bapa melakukan kerja-kerja rumah. Ada banyak kebaikan dan ganjaran yang kita dapat apabila kita membantu tanpa diminta..misalnya :
- Dapat ganjaran dari Allah kerana membantu dan berbakti kepada kedua orang tua.
- Menjaga hubungan antara ibu dan anak
- Cubalah kita mengelakkannya seperti tidak melakukan perkara yang tidak sedap di penglihatan ibu.
- Melakukan kerja-kerja rumah tanpa disuruh.
- Ringankan tulang membantu ibu dan bapa.
p/s : Jadi..marilah sama-sama kita renungkan. Ini hanyalah pendapat ku sebagai seorang insan yang biasa dan juga pandangan dari seorang anak.Kelak, aku pun akan bergelar seorang ibu.. :) Enjoy the reading..
No comments :
Post a Comment