Tuesday, August 23, 2011

"I like this girl" 4

Ashraff membuang pandang ke tengah gelanggang yang masih lagi kosong. Jam begini masih dikira awal untuk penggemar-penggemar sukan. Sengaja Ashraff turun lebih awal kerana ingin menenangkan hatinya yang sedikit kacau dengan sikap Aina. 'Apa muke aku ni nampak macam gangster ke?'Ashraff bertanya sendirian. 'Sikit baik muka aku ni taw.'detik Ashraff lagi. Sedang dia mengelamun,bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang. Sebaik saja menoleh kelihatan Faid tersengih ke arahnya.
"Oii..ko kenapa layan jiwa sangat ni?"Faid bertanya seraya duduk berdekatan Ashraff. Kasut sukan yang dijinjitnya tadi dipakai.
"Layan jiwa ape mende nye..aku tunggu ko la sengal."Ashraff berdalih. Faid tergelak.
"Oh..sowi bro..ada kesilapan teknikal sikit tadi."
Ashraff memerhatikan Faid yang memakai kasut. "ko ni tak habis-habis dengan technical problem.."
"Eh..style tuh.ko tak tahu.."ujar Faid sambil menganggukkan kepalanya. Ashraff malas melayan sifat loyar buruk Faid. Jika dilayan..jawabnya tak habis la..Dia bingkas bangun dari duduknya.
"Ni yang lain mane?"soal Ashraff apabila hidung-hidung mancung temannya yang lain masih lagi tidak kelihatan. Faid mendongak ke arah Ashraff.
"Tak sampai seru lagi.Sebelum aku gerak tadi..aku dah leave a message.."
Ashraff mengerutkan dahi mendengar ayat Faid. Terbit secalit senyuman di bibir Ashraff.
"Ko ni sengal kan..ayat nak class je.." Faid tersengih. Dia melompat bangun.Berlari setempat bagi memanaskan badan sebelum bermain.
"hihihi...ayat class hati senang beb.."
Ashraff hanya mengiyakan di dalam hati. 'Ape-ape aje la Faid.' Sementara menanti teman-teman yang lain,Ashraff berjalan di sekeliling gelanggang. Baru dua pusingan Ashraff berjalan,kelihatan Kamal,Rafi dan Iqbal datang memasuki kawasan kompleks sukan. Senyuman lebar menghiasi wajah masing-masing. Faid mula bising dengan kelewatan mereka.Sengaja mahu menyakat geng-geng nya itu.
"Ko nak marah..ni sembur kat mamat nih." Kamal menarik Iqbal supaya berdiri di depan Faid yang berlagak serius. Iqbal hanya mampu tersengih.
"Sakit perut...makcik kat cafe tu entah letak ape dalam mee sup aku." Iqbal membela dirinya.
Kamal dan Rafi duduk di tempat berhampiran dan menyarungkan kasut sukan.
"Nak salah kan makcik pulak.Yang ko sapu sambal lada sampai 5 sudu apehal.." Rafi bersuara.
"Mee sup tu tak rase ape..tu yang aku letak sampai 5 sudu.Lagipun mana aku nak tahu yang sambal tu extra pedas.." Iqbal menggaru kepalanya. "Nasib baik lah ko ni muke anak mak..sejuk hati aku." Faid berkata sambil mengurut dadanya.
"Oii...sudah la weii..ko nak main atau nak bukak court kat sini?"Ashraff menyampuk. Jika dibiarkan sampai malam pun belum tentu dia boleh bermain. Faid berlari mendapatkan Ashraff.
"taiko da datang..." Faid berkata lalu ketawa. Ashraff melontar bola ke arah Faid. Nasib baiklah Faid agak tangkas menangkap bola andai tidak..pasti bola sebesar kepalanya itu singgah sebentar di muka.
"tu dia..taiko tak taiko...lawan dulu baru tahu sapa taiko.." ujar Rafi. Mereka bermain sambil bergelak ketawa. Berebutkan sebiji bola memang kerja gila. Tiba-tiba mata Ashraff terpandang raut wajah Aina bersama temannya berjalan keluar dari kawasan tasik. Ashraff berhenti mengejar bola sebaliknya berlari anak mengejar Aina.
"Ainaa..."panggilnya. Aina yang terdengar namanya dipanggil pantas berpaling. Sebaik sahaja terpandang Ashraff sedang berlari ke arahnya,dahi Aina mula berkerut beribu-ribu. 'Eee....camne leh jumpe lak nih??'Aina berbisik geram dalam hati. Suria turut memandang ke arah yang sama. "Sape tu Aina?"soal Suria ingin tahu. Aina mendengus kecil.
"Mat cipan."jawab Aina geram. Suria mengerutkan dahi. 'uniknye name..'desis Suria dalam hati.
"Eh..nama dia mat cipan?"soal Suria tidak percaya. Aina malas menjawab.Dia hanya mengangguk. Ashraff menarik nafas panjang setelah berdiri di hadapan Aina. Sebuah senyuman di ukir buat kawan Aina dan juga Aina.
"Ada apa?"soal Aina dingin. Dia hanya memandang Ashraff sekilas.
"Kenapa tadi awak tak duduk kat tempat biasa?"soal Ashraff. Aina membuat muka tidak faham. 'sebab tu je?' soal Aina dalam hati. 'Bukan main berlari dari court basket semata nak tanya aku pasal tu?' Aina menghela nafas.
"Saja.Tukar angin."jawab Aina. "tukar angin atau sebab saya ada kat situ?"soal Ashraff lagi.
'Dah tahu..tanya lagi..'ujar Aina tetapi hanya dalam hati. Tidak terluah di mulutnya. Suria hanya diam disebelah Aina. Dia melihat Aina begitu dingin melayan lelaki yang bernama mat cipan itu. 'Muka boleh tahan..tapi nama?hancusss..'komen Suria dalam diam. Dia hanya mendengar dan memerhati perbualan antara Mat cipan dan Aina. Meskipun tak faham..buat-buat faham sudah. Suria tersenyum.
"Saya takda masa lah nak layan awak ni.Saya nak balik."Aina mengelak dari menjawab soalan itu. Tangan Suria ditarik untuk berlalu dari situ. Namun Ashraff telah menghalang laluannya.
"Kenapa dengan awak ni?saya nak berkawan dengan awak.tak kan tak boleh." Ashraff meluahkan rasa tidak puas hatinya.Geram pulak dengan sikap Aina yang dingin dengannya.
"Awak tu yang kenapa tiba-tiba nak berkawan dengan saya?" balas Aina kembali dengan persoalan juga. Suria terpinga-pinga.'Dua-dua ajukan soalan..sape yang nak jawab?aku ke?'bisiknya.
"Salah ke?"Ashraff memandang Aina.
Aina kelu.Tiada jawapan pula.'Ishh..camne leh tanya soalan yang aku xleh jawab ni???'Aina mula berbisik.Otaknya ligat mencari jawapan. 'Eee..!!'dengus Aina geram dalam hati.
Apabila melihat Aina terdiam dan diam..mungkin mencari jawapan untuk soalan tadi..Ashraff bersuara. "Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya takda niat jahat pun.."
Aina memandang Ashraff. Tanpa bersuara,Aina berlalu meninggalkan Ashraff dan juga Suria. 'Eh..minah ni.lupa pulak nak tarik.lantak la..pandai-pandai la dia balik.'Aina terus melangkah. Suria terkedek-kedek mengejar Aina yang langkah panjang. Sempat dia berbalas senyum dengan mat cipan. Ashraff mengeluh panjang. 'hati keras macam batu..!'luah Ashraff geram.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com