Monday, August 22, 2011

"I like this girl" 3

Faid menyelak langsir bilik Ashraff apabila hidungnya terhidu bau wangi. Selalunya bau ini akan dihidunya sewaktu Ashraff mahu keluar sahaja. 'Sah la laki ni nak keluar..'desis Faid. Kelihatan Ashraff sedang menyisir rapi rambutnya dan membuat sedikit gaya terpacak. 'Hai..macam dalam iklan cream rambut tu jerk..' Faid tersenyum sendirian. Ashraff berpaling ke arah Faid yang terpacak di depan biliknya.
"Apahal kau senyum sorang-sorang ni?"soal Ashraff hairan. Faid melangkah masuk lalu duduk di katil Ashraff yang sudah pun kemas. "Kau nak pergi mana ni?Nak keluar ke?"
Giliran Ashraff pula tersenyum. "Ada kelas."
Dahi Faid berkerut mendengar jawapan Ashraff. "Otak lu..kelas kul 10.Ni baru kul 9."
Faid hairan dengan perlakuan Ashraff yang tiba-tiba mahu ke kelas sedangkan masih awal. 'Buang tebiat ke ape budak nih?'Faid berbisik dalam hati.
"Saja..rasa nak pergi kelas awal." Ashraff menjawab lagi dengan senyuman panjang lebar. Dia mengambil beg sandangnya yang berada di tepi katil. Bahu Faid ditepuk perlahan.
"Okay bhai...gua cau dulu." Ashraff terus melangkah keluar. Faid termangu-mangu sendirian. Pelik bin ajaib. Ashraff tidak sabar mahu ke kelas untuk bertemu dengan Aina. Sejak perkenalan yang singkat itu, Ashraff bagai ditarik-tarik untuk mendekati gadis itu. Lebih kurang 15 minit perjalanan barulah Ashraff sampai di kelas. Kelihatan hanya dua tiga orang sahaja yang ada di dalam kelas tersebut. Laju sahaja matanya mencari wajah yang ingin dijumpanya. Namun batang hidung pun tak nampak. Ashraff menghela nafas panjang. 'Aku awal sangat ke?'Ashraff bertanya sendirian. Dahinya digaru-garu meskipun tidak terasa gatal. Akhirnya Ahsraff mengambil tempat duduk semalam. 'Takpelah.Mesti jap2 agi dia datang la kot.'bisik Ahsraff cuba meredakan rasa hati.


"Aina..awak tak nak pergi kelas ke?selalunya time macam ni dah siap." Suria menjengah ke bilik Aina. Gadis itu kelihatan sedang bersantai di atas katil sambil memangku laptopnya.
"Pergi la.." Suria duduk disebelah Aina.
"Dah tu...awak tahu tak dah pukul berapa ni?"Suria bertanya. Hairan pula dengan sikap Aina acuh tak acuh ke kelas.Bukan sikap sebenarnya. Waktu begini Aina sudah siap untuk kelas.Tapi hari ini lain pulak gayanya. 'Apa kena?'desis Suria kehairanan.
"Tahu..jap2 lagi saya bersiap la.."ujar Aina.
"Kenapa awak lambat ke kelas ni?"soal Suria ingin tahu. Aina meletakkan laptopnya di atas katil. "Saya dah bosan la selalu pergi kelas awal..sesekali nak jugak lambat." reka Aina. Sebenarnya dia tidak mahu Ashraff mengambil kesempatan untuk duduk di sebelahnya. Malas mahu melayan Ashraff yang suka berbual.
Aina mula bersiap-siap untuk kelas.Jam sudah menunjukan pukul 9.40.Lebih kurang 20 minit kelasnya akan bermula namun sengaja Aina melengah-lengahkannya. Tepat jam sepuluh barulah dia mula bergerak ke kelas.Mujurlah jarak antara kelas dengan kolej kediamannya agak dekat. Hanya memakan masa selama 15 minit. Keadaan luar kelas agak sunyi sepi. 'Dah masuk kot Dr..'fikir Aina. Tiba-tiba terasa rugi pula kerana lewat ke kelas. Pasti banyak info yang dia ketinggalan. 'Aduhai...sengal la kau ni Aina.'marah Aina pada dirinya sendiri. Inilah padahnya kerana terlalu menurut kata hati. Pintu kelas diketuk lalu Aina melangkah masuk. Nasib baiklah pensyarahnya bukan seorang yang tegas tentang kedatangan. Aina tidak menghiraukan beberapa anak mata yang melolot ke arahnya. Dia mengatur langkah mencari tempat duduk yang kosong. Aina sedar pandangan mata Ashraff menuruti langkahnya. Meskipun rimas dengan renungan mata itu, Aina membuat muka selamba. Ada satu kerusi kosong di sebelah Ashraff tetapi Aina berpura-pura tidak melihat sebaliknya dia membuat keputusan untuk duduk di sebelah Moon. Ashraff kembali menumpukan perhatiannya terhadap pengajaran Dr.Abraham. Namun tidak sepenuhnya pada pengajaran tersebut. Rasa kecewa kerana Aina memilih untuk duduk di tempat lain sedang tempat duduk kebiasaan Aina masih kosong. 'Takpe Ash..cuba lagi..'pujuk hatinya. Ashraff menghela nafas panjang.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com