Tuesday, August 16, 2011

Kenali penyakit DeNdam..



Dendam merupakan perasaan dari hati yang terluka akibat disakiti,teraniaya atau yang merasa haknya telah diambil alih. Punca perasaan dendam yang paling konkrit adalah kerana kemarahan. Seseorang manusia akan meluahkan amarah kerana tidak suka melihat orang yangdibenci mendapat kesenangan. Dia lebih suka melihat orang itu sengsara melebihi dirinya.

Pelbagai alasan memang tidak akan membuatkan seseorang itu tidak kisah untuk membalas dendam dengan zalim. Perasaan iri hati,dengki, dan rasa tersisih juga mampu membuatkan seseorang itu tiba-tiba tidak mempunyai rasa belas kasihan. Hatinya menjadi keras dan tidak sedikit pun mengenal dosa. Yang terlintas dalam benaknya hanyalah satu, balas dendam!

Begitulah ketika hati seseorang disaluti dendam yang membara. Dia tidak akan merasa puas jika dendamnya belum berbalas. Tidurnya terasa tidak nyenyak, malah setiap hari hatinya diserang perasaan gelisah. Di matanya pula akan sentiasa terbayangkan wajah musuhnya. Itulah keadaannya seorang pendendam..!!!

p/s:

mOral value kat sini...elakkan berdendam dengan sape2 pun..pupuk sikap pemaaf dalam diri dan sentiasa memaafkan orang lain..jalani hidup yang lebih tenang dan lapang adalah lebih baik..
it goes to me also.. :)


No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com