Friday, August 19, 2011

"I like this girl" 1

Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis sedang sibuk menelaah buku tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Pelajar yang keluar dan masuk langsung tidak dihiraukan. Namun tumpuannya terganggu apabila datang seorang pelajar lelaki menarik kerusi lalu duduk disebelahnya yang tiada berpenghuni sejak mula-mula dia masuk.
Aina menoleh ke arah lelaki itu sekilas lalu dan kembali menatap bukunya. Membaca tiap-tiap patah kata. Hatinya mulai di datangi pelbagai soalan. Aina kembali mendongak dan memandang sekeliling. Ternyata masih ada banyak tempat kosong yang tidak berpenghuni. Tetapi mengapa lelaki ini memilih untuk duduk di sebelahnya. Aina merasa tidak selesa dengan keadaan begitu. Jika beralih tempat,pasti lelaki itu akan bersangka yang bukan-bukan terhadap dirinya. Aina mengetap bibir. Meskipun matanya masih menatap permukaan buku namun hati dan fikirannya bukan disitu. Ia jauh terbang.
"Preparation for quiz?" tiba-tiba lelaki itu membuka mulut bertanya. Aina kembali ke alam realiti. Dia berpaling memandang ke arah lelaki tersebut.
"Yes.."jawab Aina sepatah. Lelaki itu mengangguk.
Suasana kembali sunyi antara mereka. Aina juga telah menyambung kembali pembacaannya.
"Ashraff Omar." lelaki itu memperkenalkan dirinya tidak semena. Pembacaan Aina terhenti. Lelaki itu memandangnya dengan senyuman. Mahu atau tidak mahu,Aina membalas senyuman itu.
"Aina Johari."
Ashraff mengangguk. "First year student?"soal Ashraff. Aina mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Ashraff. "I'm second year."beritahu Ashraff tanpa diminta. Aina mengangguk lagi.
"How's new life here?"soal Ashraff kepada gadis yang agak pendiam itu. Itulah penilaiannya setelah soalan yang di ajukan hanya dijawab dengan anggukan.
"Alhamdulillah..so far so good."Aina membuka mulut menjawb soalan Ashraff kali ini. Ashraff tersenyum.
"okay..are you feel uncomfortable with me?."soal Ashraff apabila riak wajah Aina begitu mempamerkan ketidakselasaan.
"Sikit."
Ashraff mengangguk faham. Normal lah perkenalan baru. Mesti merasa tidak selesa.
"I have been watching you lately..you always alone.So,that's why i feel like i wanna sit by you."ujar Ashraff. Dahi Aina berkerut apabila Ashraff mengatakan bahawa selama ini dia diperhatikan oleh lelaki itu. Dia agak terkejut.
"Jangan salah faham. Saya ikhlas."Ashraff berkata lagi. Kerutan di dahi Aina menggambarkan gadis itu mulai berfikiran yang bukan-bukan tentang dirinya.
"Alone is better."Aina bersuara lembut namun ada tegasnya.
"Salah tu..dalam tempoh pembelajaran,we need friends. Bersendiri dan buat hal sendiri agak susah jika dipraktikkan dalam hidup di U.." Ashraff menyuarakan pendapatnya. Secara tidak langsung menyangkal kata-kata Aina sebentar tadi.
'who are you want get involve in my personal life?'soal Aina geram dalam hati. Jika diikutkan mahu sahaja dia mengutarakan soalan yang agak pedas dan panas itu. Namun,dia masih punyai rasa hormat pada orang yang lebih tua. 'Whatever..'
"Thanks for advise." Aina berkata dalam nada yang bersahaja. Ashraff tersenyum jua. Dia tahu pasti gadis ini tidak suka dia memberi nasihat tidak semena. Tambahan pula mereka baru sahaja berkenalan.
"Maaflah kalau awak tak selesa dengan saya." Ashraff berkata sambil cuba mencari wajah Aina yang asyik saja tunduk menatap buku yang terbuka itu. 'apa buku tu lagi ensem ke dari muka aku ni?'Ashraff berbisik dalam hati.
'Ha..dah tahu..angkat kaki la.' Aina berkata dalam diam. Namun begitu senyuman tetap diukir. Ikhlas atau tidak hanya dia yang tahu. 'Mana nak ada ikhlasnya kalau dah ganggu aku nak study.'desis Aina. Ashraff yang pada mulanya masih mahu berbual dengan Aina terpaksa membatalkan niatnya apabila Dr.Abraham melangkah masuk dengan lagaknya. 'Ala...kacau daun la Dr. ni..'rungut Ashraff. Aina menutup bukunya.
"Good luck."ucap Ashraff. Aina mengangguk. "You too.."balasnya.Sekadar berbasa basi.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com