Wednesday, August 24, 2011

"I like this girl" 5

Minggu berikutnya,Aina melangkah ke kelas dengan perasaan yang dia sendiri tidak dapat kenalpasti. Sejak bersiap-siap untuk ke kelas lagi,hatinya diragut rasa yang tidak enak. 'Apa lak halnye ni..?'Aina berbisik pada dirinya. Sudah berkali-kali nafas ditarik dan dihembus bagi meredakan rasa hati. 'Just relax.'bisik Aina.Menenangkan dirinya sendiri. Pintu kelas ditolak perlahan-lahan. Masih ramai yang tidak datang kerana kelas kelihatan lengang. Aina melangkah menuju ke tempat duduknya. Senyuman diukir buat Dayah yang duduk selang tiga kerusi darinya.
Beberapa minit kemudian,sekumpulan pelajar masuk dan memecah dinding sepi di dalam kelas. Aina tidak mengambil pusing akan itu. Namun, sedikit hairan apabila ada sesetengah dari mereka mengerling ke arahnya.Kemudian tersenyum. 'apehal?mimpi ke?'desis Aina. Tak pernah-pernah lelaki itu senyum ke arahnya. Dan hari ini? so sudden.. Aina sekadar mencebik. Tiba-tiba kerusi disebelahnya di tarik. Aina tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana dia sudah tahu siapa gerangan yang duduk itu. 'Mamat syco.'desis nya. Peristiwa di sport complex minggu lepas masih lagi meninggalkan kesan padanya. Selepas dia berlalu, pelbagai soalan diajukan oleh Suria kepadanya. Sehinggakan naik pening dia mahu menjawab. Kalau soalan yang diajukan itu soalan-soalan yang biasa..mudahlah dia mahu menjawab. Ini ditembaknya soalan yang luar biasa. Hati Aina semakin sebal dengan Ashraff.
Sudah sepuluh minit berlalu..namun tiada satu soalan dan juga ayat buatnya. Aina hairan. Selalunya lelaki disebelahnya ini gemar berbual. Pasti ada saja yang ditanyanya. Tapi hari ini lelaki itu senyap sunyi. 'dah takda suara ke?'Sikap Ashraff yang pendiam hari ini membuatkan Aina tertanya-tanya. 'Ape kena dengan dia ni?'. Tiba-tiba Aina tersenyum. 'Baguslah kalau dia senyap.Yang kau nak susah hati kenapa?'Aina berbisik pada dirinya sendiri.
"Awak Aina ek?"satu suara yang tidak dikenali bertanya. Aina agak tersentak. Pantas dia mendongak wajahnya dan menoleh ke sebelah. Ternyata bukan Ashraff yang duduk disebelahnya tetapi orang lain. Orang yang tidak dikenali. Dahi Aina serta-merta berkerut. 'apa yang datang lagi ni??' Aina cuba menunjukkan riak wajah yang biasa.
"Aku Kamal. kawan Ash.." Kamal memperkenalkan dirinya. Dia tahu Aina tidak mengenalinya. Dia juga tidak mengenali Aina sehinggalah Ashraff memberitahunya.
"Ash suh bagitahu yang dia lambat sikit ke kelas. Dia mintak kau save tempat untuk dia." beritahu Kamal tanpa menanti Aina bersuara. 'Ape kena mengena dengan aku pulak..'desis Aina dalam hati. Makin tak faham dengan sikap Ashraff. Selepas menyampaikan pesanan Ashraff, Kamal beralih tempat duduk.
'Eee...makin geram pulak aku dengan mamat sengal ni.' Aina mengetap bibirnya. Dia baru sahaja berkira-kira ingin mulakan semangat baru pada minggu baru ini. Tapi semuanya dah hilang. 'Apalah yang dia nak dari aku?' Aina mengeluh. Dia merasa sungguh tidak selesa dengan keadaan yang berlaku sekarang dan juga minggu lepas. Aina merasakan geram dengan situasi itu. Dia mahukan penjelasan daripada Ashraff. Aina nekad untuk mengajak Ashraff berjumpa dan bertanyakan motif sebenar lelaki itu mendekatinya. 'Hmm..yes..!'Aina merasa semangatnya berkobar-kobar. Lima minit sebelum kelas bermula,kelihatan Ashraff melangkah masuk dengan wajah yang bersahaja. Laju kakinya melangkah ke arah Aina dan duduk disebelah gadis itu. Satu senyuman diukir. Aina berpura-pura tidak melihatnya.
"Senyuman dibalas dengan senyuman."Ashraff berkata apabila Aina tidak membalas senyumannya. Aina berlagak seperti tidak mendengarnya dan hanya fokus menghadap notanya. 'Suka hati la..'jawab Aina dalam hati.
"Awak sihat?"Ashraff meringankan mulutnya bertanya khabar. Tidak salah rasanya mengambil berat tentang gadis itu. Aina menjawabnya dengan anggukan sahaja. Ashraff tidak cepat melatah. Dia hanya tersenyum. Dia mula mempelajari dan memahami sifat dingin Aina. Jika marah sekarang tiada guna kerana hati gadis itu sekarang masih keras seperti batu.
Aina membelek-belek buku dihadapannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu membuka mulut untuk mengajak Ashraff bertemu. Rasa cemas pula yang bertandang di hati. Aina mengetap bibirnya. 'Ish...apehal pulak nak cemas semacam?' Aina berbisik pada dirinya. Aina mengumpul semangat. Dia berdehem perlahan.
"Lepas kelas,saya nak jumpa awak kejap." Aina berkata tanpa mengangkat wajahnya. Satu..dua..tiga..tiada tindak balas dari Ashraff. Dahi Aina berkerut nipis. Hairan apabila Ashraff tidak berkata apa-apa. Aina mulai berasa malu. Terasa panas wajahnya. 'Itu la...padan muka. Dulu selalu buat tak tahu je bila dia bercakap.sekarang kau rasa pulak apa yang dia rasa.'bisik satu suara. Aina mengurut dahinya berulang kali. 'Ish....!!'dengus Aina. Lelaki itu berpura-pura tidak dengar atau tidak dengar? Aina mengetap bibir menahan perasaan yang bercampur baur. Adakah lelaki itu cuba membalas dendam kepadanya? Pelbagai persoalan dan andaian timbul.
'relaks aina..'bisiknya dalam hati. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Akhirnya Aina berpaling memandang Ashraff. Berkerut seribu dahi Aina apabila melihat hanya kerusi kosong. Ashraff tiada disebelahnya.
'Eh..tadi ada..bila dia tukar tempat?'Aina berasa hairan. Rasanya baru kejap tadi Ashraff bertanya khabarnya. 'dia ni superman ke?tiba-tiba je hilang.' Tapi..yang menghairankan Aina,beg Ashraff masih lagi dimeja itu. 'Ish...tak masal je cakap sorang-sorang..'rungut Aina geram.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com