Monday, August 22, 2011

"I like this girl" 2

"Aina..wait." Ashraff memanggil Aina yang sedang laju melangkah meninggalkan ruang kelas. Sebaik sahaja kelas tamat, Ashraff cuba mendapatkan Aina. Namun gadis itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan kelas. 'Macam lipas kudung pun ada.'sempat Ashraff berbisik. Aina yang mendengar namanya dipanggil terus sahaja memperlahankan langkah. 'Hishh...nak apa lagi mamat nih?'rungut Aina dengan geram. Mahu sahaja dia terus melangkah tanpa menghiraukan panggilan itu tetapi terasa malu dan bersalah apabila teman-teman yang lain berpaling memandangnya.
"Where are you going?"soal Ashraff setelah dapat menyaingi langkah Aina.
"I have class at 2."ujar Aina ringkas. 'Aku dah bukak langkah macam tak cukup tanah.Mestilah ada sebabnya.Takkan tak paham.'Aina berbisik dalam hati.
Ashraff faham mengapa gadis itu tak ubah seperti lipas kudung. Tapi jam baru sahaja menunjukkan jam 11.30 tengahhari. Masih awal.
"Mind to lunch with me?"ajak Ashraff dengan senyuman.
"I have class..so i got to go."ujar Aina. 'Apehal tiba2 baik nak ajak lunch pulak nih?'Aina menjadi hairan dengan lelaki yang baru dikenalinya itu.
"Your class at 2."
Aina menghela nafas panjang. " But i have many things to do.Sorry."Aina meletakkan noktah di belakang ayatnya dan terus berlalu. Ashraff menggaru kepala. Dia kembali mengejar Aina.
"How about tomorrow?" Ashraff masih tidak berputus asa mahu mempelawa Aina makan tengahhari bersamanya. Aina mendengus tidak senang hati.
"No.I'm busy tomorrow."tolak Aina.
"Next tomorrow?"soal Ashraff lagi. Aina diam.Malas mahu melayan kerenah lelaki itu.
"Okay..tomorrow to tomorrow..?"
Aina menghentikan langkah. 'Aii..aku cakap leklok xnak paham.'
"I said no..it means no.i'm not available for any tomorrow.Besides,saya tak kenal awak.So why should i spend my lunch with you?" Aina berkata dengan nada bersahaja. Ashraff berdehem. Lidahnya beku untuk bersuara. Tiba-tiba dia mendapat idea. "But you know my name..kan?so kira dah kenal la tu."
Aina mengerutkan dahi. 'Eh..loyar buruk pulak.'rungut Aina.
"Lagipun..kita kan kawan sekelas.Apa salahnya lunch sesame.."sambung Ashraff. Aina menggeleng.
"Saya tak da masa nak layan awak." Aina berlalu tanpa pamitan. Ashraff terpinga-pinga disitu.
Mungkin agak kecewa dengan sikap Aina padanya namun terbit sebuah senyuman yang panjang. "I like this girl." bisik nya. Selepas Aina hilang dipandangan,Ashraff mengatur langkah menuju ke cafe berdekatan. "Takpe Ash..suatu hari nanti lunch kau akan berteman."bisik Ashraff lagi. 'Hai senangnya dalam hati...'Ashraff bernyanyi-nyanyi kecil.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com