Wednesday, January 18, 2012

~ Berikan Cinta Mu..~ 1

Dengan berhati-hati, Anis Sofea mengaturkan langkah menuju ke bangunan Tingkatan 5. Hatinya terasa tidak enak sewaktu melangkah ke bangunan tersebut. Mana tidaknya bangunan yang bakal dijejeaki nya itu adalah bangunan senior. Pelajar yang paling tua di sekolah itu. Buku rujukan dan juga salinan latihan yang diminta oleh Cikgu Suraya dipeluk erat ke dada.

Anak tangga di daki satu persatu. Anis Sofea hanya menundukkan wajah ketika melewati kelas 5 Sains Gemilang.

“ Pewittt…hai adik manis..” kedengaran usikan nakal daripada kelas-kelas yang dilewati oleh Anis Sofea. Semakin kuat pula debaran di dadanya. Takut. Langkahnya di atur laju pula pada kali ini. Tidak mahu berada lama di bangunan itu.

Pintu kelas 5 Sains Cemerlang diketuk.

“Assalamualaikum cikgu..” Anis Sofea memberi salam. Cikgu Suraya yang sedang mencurahkan ilmu kepada pelajarnya berpaling kearah Anis Sofea yang tercegat di muka pintu.

“ Waalaikummusalam. Anis..masuk dan letakkan buku di atas meja saya.” Cikgu Suraya berkata ramah. Dia kembali menulis di papan putih. Anis Sofea akur dengan arahan cikgunya itu meskipun perasaan segan menyelubungi dirinya tika itu. Anis Sofea menggagahkan kakinya masuk dan menuju ke meja guru tanpa memandang ke arah ruang pelajar. Ada beberapa mata-mata pelajar lelaki yang menyoroti langkah Anis Sofea. Namun, Anis Sofea cuba tidak menghiraukan leretan mata itu.

“ Terima kasih Anis.” Cikgu Suraya menghadiahkan senyuman kepada Anis Sofea.

“Sama-sama cikgu.Saya balik ke kelas dulu.” Anis Sofea meminta diri dengan sopan. Sebaik sahaja melangkah keluar dari kelas tersebut, dada Anis Sofea terasa lapang. ‘huh..selesai sudah tugasnya.’ Anis Sofea berbisik lega. Tanpa membuang masa, Anis Sofea bergegas kembali ke kelasnya. Bimbang terlepas sesi pengajaran dan pembelajarannya bersama Cikgu Zunaidah, iaitu guru subjek yang paling digemari iaitu English.


No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com