Wednesday, January 18, 2012

~ Berikan Cinta Mu..~ 4

“ Macam mana hari ni?” tiba-tiba kedengaran satu suara yang amat dikenali menegur Anis Sofea. Serentak dengan itu, Anis Sofea berpaling ke arah datangnya suara itu. Jantung Anis Sofea bagai ingin luruh tika itu apabila melihat Faid Heiri sedang berada di belakangnya. ‘Oh….kenapalah dia datang..’ Anis Sofea berbisik dalam hati. Kehadiran Faid Heiri membuatkan Anis Sofea gugup.

“ Err…semua okay.” Jawab Anis Sofea tidak lama selepas itu. Faid Heiri mengangguk dan menyemak buku kedatangan pengawas bertugas. Anis Sofea hanya diam dan berlagak fokus pada pekerjaannya sebentar tadi sebelum di tegur oleh Faid Heiri.

“ Pernah ponteng datang tugas tak?” soal Faid Heiri dengan tiba-tiba. Anis Sofea terkejut dek pertanyaan itu.

“Emm…pernah.” Jawab Anis Sofea. Terpaksa jujur. ‘Kalau kantoi…malu..’ desis Anis Sofea.

Faid Heiri mengangguk lagi. Otaknya ligat berputar memikirkan apa lagi topik yang ada untuk dibualkan dengan Anis Sofea.

“Sebab?”

Anis Sofea menggaru pipi kanannya. ‘Uihh..banyak pulak soalnya..’rungut Anis Sofea. Faid Heiri perasan akan reaksi wajah Anis Sofea yang tiba-tiba berubah apabila diaju soalan tersebut. Dia sengaja mahu mengusik gadis itu. Sudah lama dia perhatikan anak buahnya yang sorang ini. Perwatakan gadis ini menarik perhatiannya untuk berkenalan dengan lebih rapat.

“ Not gonna answer my question..dont you?” Faid Heiri bersuara setelah tiada satu perkataan pun keluar dari mulut Anis Sofea.

“Hah?” Anis Sofea tersentak. Terasa malu dengan dirinya sendiri. ‘apa aku buat ni?’ Anis Sofea berbisik geram.

Kedatangan Zana dianggap sebagai penyelamat bagi Anis Sofea. Dia boleh kembali bernafas seperti biasa.

“ Hai abang Faid..rajin datang.” Zana menegur dengan selamba. Senyuman tak lekang dari bibir gadis itu. Anis Sofea hanya diam dan tunduk memandang buku catatan tugas. Faid Heiri cuba berlagak biasa.

“Saja datang nak pantau anak buah. Ni dari mana? Kenapa baru datang?” Faid Heiri memandang Zana. Gadis itu hanya tersengih.

“ Sorry abang Faid..tadi ada hal sikit.” Zana mencipta alasan.

Faid Heiri hanya mengangguk. Dia mengerling ke arah Anis Sofea yang senyap di sisi Zana.

“Dah..buat kerja.” Arah Faid Heiri dan melangkah ke meja di belakang kaunter pinjaman. Zana mengalih pandangan memandang Anis Sofea yang diam sejak tadi.

“ Menjeling..menjeling…ku bertentang…” Zana bernyanyi perlahan. Sengaja menyakat Anis Sofea. Sedar akan dirinya disakat, laju saja jari jemari Anis Sofea mencubit pinggang Zana. Terkekek-kekek Zana ketawa.

“Syuuuu…” Faid Heiri meletakkan jari di mulut. Sebagai tanda untuk tidak membuat bising. Zana dan Anis Sofea serentak menundukkan wajah apabila menerima teguran dari Faid Heiri.

“Do your job with silent.” Faid Heiri menegur tegas. Ada masanya dia perlu tegas agar anak buahnya tidak melanggar peraturan dan menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada pelajar lain.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com