Wednesday, January 18, 2012

~ Berikan Cinta Mu..~ 3

Tepat jam 2.30, hamper semua pengawas perpustakaan yang bertugas untuk hari Rabu berkumpul di bilik mesyuarat. Masing-masing punyai topic untuk dibualkan. Namun,sebaik sahaja Cikgu Syarifah melangkah masuk, secara automatic pelajar yang rancak bersembang dan ketawa tiba-tiba menjadi bisu. Senyap. Anis Sofea menghela nafas lega apabila suasana bilik mesyuarat yang tadinya gamat dengan senda tawa menjadi senyap sunyi. Tenang.

“ Assalamualaikum semua..”

“Waalaikumussalam cikgu..” jawab semua pengawas perpustakaan serentak.

Cikgu Syarifah menyertai ahli jawatankuasa di meja hadapan. Faid Heiri selaku Ketua Pengawas Perpustakaan memulakan mesyuarat mereka dengan surah Al-Fatihah. Agenda untuk mesyuarat pada hari itu di sebut satu persatu. Mata Anis Sofea langsung tidak berkelip memandang Faid Heiri sewaktu lelaki itu menyuarakan agenda mesyuarat pada kali ini.

“ Amboi..tak berkelip..” bisik Zana sambil menyiku perlahan lengan Anis Sofea. Secara tidak langsung, Anis Sofea berpaling memandang Zana.

“ Apa? Bagi tumpuan tak boleh ke?” sangkal Anis Sofea. Zana hanya mencebikkan bibirnya. Dia kenal sangat akan temannya yang sorang itu. Sejak memohon untuk menjadi Pengwasa Perpustakaan, Anis Sofea sudah mula meminati sikap berwibawa yang ada pada Faid Heiri. Bagi Anis Sofea, lelaki itu kelihatan berkarisma melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Pengawas Perpustakaan.

“ Saya nak tekankan kat sini, semua libririan perlu datang bertugas mengikut jadual yang telah dibuat oleh setiausaha. Lately saya dapat aduan ada beberapa librarian suka skip duty. Starting from now on, saya akan buat satu system baru bagi memastikan all of you datang bertugas.” Faid Heiri berkata tegas sambil matanya melilau memandang ke arah anak buahnya.

Sebaik sahaja Faid Heiri mengumumkan tentang sistem baru tersebut, ahli pustakawan mula berbisik sesama mereka. Masing-masing tertanya-tanya apakah sistem baru tersebut. Anis Sofea tersenyum melihat reaksi sesetengah pustakawan yang kelihatan terkejut dengan pengumuman itu. Pasti selepas ini tiada lagi pustakawan yang berani untuk ponteng dari datang bertugas.

‘Lelaki ini…..’ Anis Sofea curi-curi merenung wajah Faid Heiri.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com