Thursday, January 19, 2012

~ Berikan Cinta Mu..~ 5


Apabila tiba saja hari Anis Sofea bertugas, Faid Heiri pasti akan munculkan batang hidungnya di perpustakaan Sri Nilam. Dia hanya mahu melihat Anis Sofea dan cuba untuk berbual dengan gadis itu. Ternyata usaha nya tidak sia-sia kerana hubungannya dengan Anis Sofea bertambah baik. Tidak lagi canggung dan kekok seperti dulu.

“ Hai Anis. Sorang? Mana Zana?” Faid Heiri menyapa Anis Sofea dengan sebuah senyuman. Anis Sofea yang sedang mencatat sesuatu di buku catatan mendongakkan wajahnya. Kelihatan Faid Heiri sedang tersenyum ke arahnya. Anis Sofea membalas senyuman itu. Hari demi hari dia mula rasa selesa dengan lelaki yang diminatinya dalam diam itu. Faid Heiri memang dikenali sebagai seorang yang peramah dan pandai berjenaka. Dalam sikapnya yang kelakar itu, masih terselit sifat tegas dalam dirinya.

“ Zana ada dalam bilik rujukan. Susun buku kat situ.” Jawab Anis Sofea perlahan. Faid Heiri mengangguk.

Anis Sofea kembali menyambung catatannya. Sebentar tadi, dia sudah berjanji untuk menolong Zana di bilik rujukan. Sesudah mencatat di buku catatan tugasan, Anis Sofea bingkas berdiri dan meletakkan kembali buku catatan tersebut di tempatnya.

“ Nak ke mana?” soal Faid Heiri sebaik sahaja Anis Sofea melangkah keluar dari ruang kaunter pinjaman.

“Oh..nak ke bilik rujukan.” Jawab Anis Sofea.

“Habis siapa nak jaga kaunter?” soal Faid Heiri laju. Dahi Anis Sofea sedikit berkerut. ‘siapa ada kat kaunter..dia la jaga..’Anis Sofea menjawab dalam hati. Faid Heiri menayangkan muka tidak bersalah. Jika Anis Sofea ke bilik rujukan, buang masa saja lah dia datang ke perpustakaan sedangkan hari itu bukan hari dia bertugas. Kedatangannya hanya untuk bertemu dengan Anis Sofea.

“ Saya nak tolong Zana kat bilik rujukan.” Anis Sofea bersuara.

“Bukan ke empat orang pengawas bertugas untuk satu hari?..yang lain mana?” Faid Heiri melangkah menuju ke arah papan jadual bertugas.

Anis Sofea tercegat kaku di depan pintu kaunter.

“ Mana Khairi dan Jannah?” soal Faid Heiri. Anis Sofea menggigit bibirnya.

“ Ada kat bahagian rak buku.”jawab Anis Sofea perlahan.

“Dah tiga orang kat sana…someone kena jaga kaunter.” Ujar Faid Heiri. Nampaknya Anis Sofea tiada pilihan lain. Dia harus berada di ruang kaunter memandangkan itu adalah arahan daripada ketuanya.

Demi melihat Anis Sofea yang kembali melangkah ke tempatnya, Faid Heiri tersenyum dalam diam.

“ Dalam ruang ni kena kemas jugak..saya tengok agak bersepah.” Faid Heiri bersuara dengan tiba-tiba setelah lima minit suasana sepi antara mereka.

Anis Sofea mengangguk faham dengan arahan Faid Heiri. Dia bingkas berdiri dan mula mengemas apa yang patut. Rak-rak buku yang ada dipastikan buku-bukunya tersusun rapi. Lantai di sapu. Anis Sofea tercegat di sudut ruang. Lagaknya tak ubah seperti menerima arahan daripada bos. Faid Heiri ingin tergelak melihat gelagat itu namun cepat-cepat dia menahannya.

“Awak ni kenapa Anis? Takut sangat dengan saya..” Faid Heiri bertanya. Anis Sofea gugup. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada Faid Heiri. Setiap kali bertemu dengan lelaki itu, jantung Anis Sofea berdegup seperti baru sahaja mnyudahkan larian 4 x 100 meter.

Memandangkan Anis Sofea hanya diam, Faid Heiri menghela nafas panjang. Di bibirnya terlukis satu senyuman.

“Dah..awak duduk. Tak payah nak tercegat kat situ macam makcik guard.” Faid Heiri berkata dan kembali menyambung pembacaannya. Perlahan-lahan Anis Sofea melangkah duduk di kerusi kaunter.

‘Makcik guard?’ Anis Sofea mendengus dalam hati. Geram digelar makcik guard oleh Faid Heiri. ‘Aku makcik…kau atuk..hahaha..’ bisik Anis Sofea nakal.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com