Wednesday, January 18, 2012

~ Berikan Cinta Mu..~ 2

“ Anis, petang ni lepas kelas ada perjumpaan kat library..kau datang tak?” Zana memandang Anis Sofea yang sedang tekun menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu matapelajaran Sejarah.

“ Petang ni? Kau confirm ke?” soal Anis Sofea kembali. Tumpuannya sedikit terganggu dengan berita yang disampaikan oleh Zana.

“ Dah confirm…Cikgu Syarifah dah keluarkan notis kat board.” Jawab Zana tanpa ragu.

Anis Sofea mengeluh perlahan. Aktiviti pada hari ini bakal terganggu dek perjumpaan mengejut itu. Semalam bukan main bersemangat dia menyusun jadualnya untuk hari ini. Kini, dengan berita yang disampaikan oleh Zana, hancur semuanya.

“ Aduhaiii… aku ada hal lepas sekolah. Wajib ke ada?” Anis Sofea menggaru dahinya yang bersih tanpa sedikit cela jerawat pun.

Zana menjungkitkan bahunya dan tersengih. Anis Sofea mengeluh lagi. Sah..memang tak boleh lari. Akhirnya Anis Sofea akur dan bersetuju untuk menghadirkan diri ke perjumpaan tersebut.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com