Wednesday, January 4, 2012

"I like this girl.." 8

“Aina..selalunya awak study dengan siapa?” setelah hampir sejam berada dalam kelas, Ashraff memberanikan dirinya untuk berbual dengan Aina. Memandangkan gadis itu langsung tidak menegurnya, jadi Ashraff bertindak untuk menegur Aina terlebih dahulu. Pada pendapat Ashraff, andai bulan jatuh sekalipun belum tentu Aina akan memulakan perbualan dengannya. Ashraff mengalah.
Aina yang mendengar Ashraff bertanya berpaling sekilas memandang ke arah lelaki itu. Sedikit terkejut apabila tiba-tiba sahaja dia mendengar lelaki itu bersuara.
“Aina..come join my group for final project?” Ashraff mengajak riang dengan harapan setinggi gunung yang Aina bersetuju.
“Eh, tak apalah.” Aina menolak lembut. Bukan jual mahal dengan ajakan itu tetapi sebolehnya Aina mahu sekumpulan dengan kaum yang sejantina. Dengan itu, Aina tidak merasa segan untuk bertanya memandangkan dia amat lemah dalam subjek tersebut.
“You have to join my group or else you tak ada group.” Ujar Ashraff tidak putus asa. Aina kelihatan sedikit gugup dan takut-takut. One..two..three..Ashraff mengira dalam hati.Belum sempat Aina berkata apa-apa, Ashraff bersuara.
“Ok.On.” Ashraff menjawab bagi pihak Aina. Aina membulatkan matanya. Langsung tidak bersetuju dengan tindakan Ashraff.
“please Aina.for your own good.” Pujuk Ashraff dengan wajah yang redup. Aina mengetap bibir. Nampaknya dia tiada pilihan, terpaksalah dia bersetuju. Ashraff tersenyum lega. Rancangan pertama sudah berjaya. Woohoo...sorak Ashraff dalam hati. Aina diam membisu disebelah Ashraff.
“ Kenapa awak diam? Awak tak suka ke? Mungkin ni boleh bantu hubungan kita.” Ashraff bersuara perlahan sedangkan mereka masih berada dalam sesi lecture.
‘Bantu hubungan? Gila ke apa mamat ni..’desis Aina dalam hati. Aina menumpukan perhatian pada pengajaran pensyarah di hadapan. Ashraff tersenyum-senyum disebelahnya.
“Eh..kita berdua je ke?” soal Aina. Ashraff mengangguk. Aina mengetap bibir.Rasa berat hati mahu menerima ajakan Ashraff.
“ Awak ada siapa-siapa ke nak ajak join group kita? Kalau ada..ajak lah. Saya tak kisah.” Ashraff bersuara setelah Aina berdiam diri dengan lamanya. Aina menghela nafas perlahan. Mahu atau tidak dia harus menerima ajakan itu. Seandainya tidak, dia akan keseorangan memandangkan dia tiada teman lain. Kenalan yang lain pasti sudah punyai kumpulan masing-masing.
‘Redha je la Aina..’bisik hatinya.
Setelah ditimbang dan disukat..akhirnya Aina menganggukkan kepala tanda menerima pelawaan Ashraff. Dia sudah tiada pilihan lain. Ini demi markah untuk kerja kumpulan sebanyak 40 peratus.
“ Ok then..kita dah nak kena start bincang what type of project we gonna carry out..” Ashraff berkata dengan semangat sekali. Aina menggaru kepala. Sesungguhnya dia kelabu asap tika ini tentang subject tersebut.
“ Saya kelabu asap la pasal project ni..boleh briefing dulu tak?” soal Aina. Ashraff tergelak kecil mendengar istilah yang digunakan oleh Aina. ‘Kelakar juga minah ni..ingatkan serius 24 jam tanpa henti.’desis Ashraff dalam hati.
“Well…untuk final sem project ni, kita nak kena buat satu system. Awak mesti pernah tengok system-system yang ada kat internet kan..contohnya online bus ticket..purchasing online cinema ticket..semua tu ada system masing-masing. So now, kita kena buat system yang macam tu lah..” Ashraff memberi penjelasan kepada Aina tentang tugasan akhir sem itu. Aina mengangguk mulai faham.
‘Buat system? Macam mana?’ Aina bertanya pada diri sendiri. Melihat wajah Aina yang termangu membuatkan Ashraff dapat meneka yang gadis itu masih kelabu asap meskipun sudah diberi penjelasan yang panjang sebentar tadi. Ashraff berdehem.
“Don’t think too much.when we works together, everything will be easy. No worries ok.” ujar Ashraff bagai dapat membaca apa yang sedang berlegar di ruang fikiran Aina.

No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com