Saturday, January 28, 2012

~ Penghargaan..~


27 january 2012

Life isn’t that easy, right? Tak semua yang kita mahu akan kita genggam..untuk mencapainya pun belum tentu senang..kalau senang..pasti tak dinamakan kehidupan.. kehidupan yang mempunyai pelbagai cabaran..kehidupan yang kadang- kala membuatkan manusia menangis.. dan adakalanya ketawa kegembiraan..

tiap individu pasti ada cara tersendiri untuk menghargai detik-detik sewaktu mengharungi kehidupan masing-masing.. Jika individu tersebut pandai menghargainya.. sudah pasti kemanisan itu dapat dirasai dan kepahitan itu dapat dijadikan pengajaran untuk agar tidak mengulangi akan kepahitan itu…

walaubagaimanapun…tak ramai yang tahu dan faham erti sebenar penghargaan.. menghargai.. dan mungkin sesetengah individu hanya memahami erti penghargaan setelah melalui pengalaman yang pahit..

Apa itu penghargaan?

Penghargaan itu bagi pemahaman sendiri merupakan meletakkan nilai terhadap sesuatu.. mungkin pada perhubungan.. mungkin pada manusia.. mungkin juga kepada objek..

maksud penghargaan itu amatlah subjektif.. setiap individu mempunyai pendapat dan juga definisi masing- masing.. begitu juga dengan bagaimana untuk menunjukkan penghargaan mereka.. apa yang mendapat penghargaan mereka.. bila mereka memberikan penghargaan itu..

Misalnya dalam kehidupan yang mempunyai pelbagai perhubungan..
  • sang anak akan menghargai sang bapa dan ibu setelah sang anak kehilangan salah seorang daripada mereka…
  • sang suami akan mula menghargai sang isteri tatkala sang isteri pergi dari hidupnya..
  • sang arjuna akan menghargai sang puteri apabila sang puteri hilang dari dunianya..
Kenapa mesti mula menghargainya setelah kehilangan?

Kenapa tidak menghargainya sementara ia masih bersama? Mungkin inilah kehidupan yang harus dijalani oleh manusia…

tiap individu punyai jalan kehidupan yang berbeza dari yang lainnya.. ianya bergantung kepada individu tersebut bagaimana untuk menjalaninya agar menjadi indah dan manis seperti manisnya mimpi..


No comments :

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com